Wanita Dakwa Rider Baling Batu Sampai Cermin Kereta Pecah Di Lebuhraya Pasir Gudang

Tak pasal-pasal rosak kereta orang.

Enlarge text
Cover ImageCover image via @itsaeyin_._ (Threads)
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Baru-baru ini, tular video seorang wanita berdepan detik cemas apabila mendakwa keretanya rosak teruk selepas seorang penunggang motosikal bertindak membaling batu ke arah kenderaannya dalam satu kejadian di Lebuhraya Pasir Gudang, Johor

Menerusi hantaran di Threads @itsaeyin_._, ia menunjukkan beberapa foto dan video insiden berkenaan, termasuk aksi kejar-mengejar antara dirinya dan rider terbabit yang dipercayai warga Singapura.

"Kereta aku kena pecah oleh si*l ni. Siapa-siapa jumpa dia ni berhati-hati jela," tulisnya.

Menerusi perkongsian itu, kelihatan cermin hadapan keretanya retak manakala cermin belakang pecah sepenuhnya. Sebuah batu besar turut ditemui di tempat duduk belakang, dipercayai dibaling suspek.

SAYS.com
Image via @itsaeyin_._ (Threads)
SAYS.com
Image via @itsaeyin_._ (Threads)

Menurut mangsa, kejadian bermula selepas dia memberi isyarat untuk memasuki sebahagian lorong sebaik melepasi Plaza Tol Bukit Indah

Tidak lama kemudian, suspek dikatakan datang meluru dari arah belakang sebelum membunyikan hon dan menunjukkan isyarat tidak sopan.

"Kita dah bagi signal and halfway in lane kat lepas tol highway bukit indah.. pastu motor ni pula dia g laju pastu dia hon² pastu cari gaduh tunjuk jari tengah bagai. Then he hit my right sight mirror.

"Pastu kita chase sebab nak amek plate number. Then he went to take batu besar kat tunnel, then dia kejar nak baling batu to passenger seat but tak lepas sbb kita pecut, pastu ada traffic light kita benti sbb tengah merah, dia baling batu tu dari belakang,"
katanya.

Situasi dilaporkan semakin tegang apabila rider itu berhenti di sebuah terowong, mengambil batu besar, dan kemudian mengejar kereta mangsa dengan tujuan membalingnya ke arah tempat duduk penumpang.

SAYS.com
Image via @itsaeyin_._ (Threads)

Sudah buat laporan polis di Johor Bahru

Wanita itu memaklumkan dia telah membuat laporan di Balai Polis Taman Perling, Johor Bahru pada hari kejadian.

Dia turut cuba membuat laporan kepada pihak berkuasa Singapura namun tidak dapat berbuat demikian kerana tidak mempunyai Singpass, iaitu digital ID yang diperlukan untuk mengakses perkhidmatan kerajaan negara tersebut.

Pada masa sama, wanita itu memohon maaf kepada mana-mana pengguna jalan raya yang menyaksikan kejadian terbabit atau terkesan dengan situasi kejar-mengejar berkenaan.

SAYS.com
Image via @itsaeyin_._ (Threads)
SAYS.com
Image via @itsaeyin_._ (Threads)
SAYS.com
Image via @itsaeyin_._ (Threads)
SAYS.com
Image via @itsaeyin_._ (Threads)

Lihat posting penuh di bawah:

View on Threads

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

SAYS.com
Image via SAYS SeismikImage via