The Weeknd Sah Datang Ke Malaysia 4 November Ini – “Demam After Hours Til Dawn”
Kuala Lumpur jadi penutup tirai!
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Siap sedia Malaysia! The Weeknd akan menghabiskan tour terakhir After Hours Til Dawn Stadium Tour
Kuala Lumpur bakal menjadi grand finale untuk pengakhiran tour terbesar yang akan datang pada 4 November ini di Stadium Bukit Jalil.
Setakat ini, tour ini telah menjadi tour paling laku yang telah dibuat oleh seorang artis lelaki dan akan berakhir di beberapa negara di Asia.
Siri jelajah ini menjadikan Asia sebagai kawasan terakhir untuk persembahan The Weeknd.

Sebelum Malaysia, ini beberapa negara lain dengan konsert The Weeknd
Terdapat 7 negara yang akan menjadi destinasi untuk konsert ini:
Tokyo – 20 September
Jakarta 26, 27 September
Singapura – 2,3 Oktober
Seoul – 7,8 Oktober
Bangkok – 11 Oktober
Hong Kong – 30,31 Oktober
Kuala Lumpur – 4 November
Beberapa konsert terpilih juga akan membawa duo hip-hop terkenal Creepy Nuts (Bling-Bling-Bang-Born) dan DJ Jepun ¥ØU$UK€ ¥UK1MAT$U .


The Weeknd atau nama sebenarnya Abel Tesfaye juga pernah menyalurkan derma sebesar RM9.5 juta untuk tujuan kemanusiaan Gaza pada tahun 2024.
Tiket akan dijual mulai 18 Mei ini, pukul 10 pagi, melalui Golive Asia. Untuk maklumat lanjut tentang tiket, pelan tempat duduk dan pakej VIP, layari laman rasmi Live Nation Malaysia.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via 