Wanita Berang Anak Tiba-Tiba Dipeluk & Dicium Pak Cik ‘Paedophile’ Di Kedai Buku – “Gila Ke?”

Kesiannya anak dia, mesti trauma.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Ween Rayy (Facebook)
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Baru-baru ini, seorang lelaki warga emas diserang oleh wanita di kedai buku gara-gara anaknya mengadu dipeluk dan dicium secara tiba-tiba oleh pak cik itu

Menerusi perkongsian di laman Facebook, pak cik tersebut kelihatan sedang membetulkan seluarnya ketika ditegur oleh wanita itu.

Difahamkan, pak cik itu telah menyentuh dua orang anak lelakinya ketika mereka berada di dalam kedai buku tersebut.

"You buat apa tadi kat anak I? Pegang mana? You pegang pipi lepastu peluk dia dari belakang. You buat kat anak I dua orang. Takkan anak I tipu. You cakap dia handsome lepas tu you nak kiss dia. Jangan main-main eh. Apa ni? Gila ke apa? I rekod you dalam video ni. Saya report awak dekat polis,"
katanya.

SAYS.com
Image via Ween Rayy (Facebook)
SAYS.com
Image via Ween Rayy (Facebook)

Susulan tularnya insiden terbabit, pak cik itu dilaporkan telah ditangkap oleh pihak polis dan rupa-rupanya dia memang mempunyai rekod sebelum ini

"Polis telah menahan suspek di kediamannya hari ini. Terima kasih Polis! Semoga keadilan dapat ditegakkan dan suspek akan dipertanggungjawabkan sepenuhnya mengikut undang-undang. Amin!

"Alhamdulillah, kedua-dua anak saya berada dalam keadaan selamat (walaupun masih terkejut), namun mereka sangat berani kerana bersuara dan bekerjasama membantu kami mengenal pasti individu tidak berperikemanusiaan ini. Tiada kanak-kanak lain sepatutnya melalui pengalaman seperti ini.

Saya kongsikan perkara ini sebagai peringatan dan kesedaran kepada para ibu bapa. Kanak-kanak tidak mampu bertindak sepantas orang dewasa. Malah, tempat yang kelihatan biasa dan selamat seperti Jasema juga boleh menjadi berisiko. Kejadian ini berlaku dalam beberapa minit sahaja (ketika saya berada di lorong lain, manakala anak-anak di bahagian pensel mekanikal),"
katanya lagi.

SAYS.com
Image via Ween Rayy (Facebook)
SAYS.com
Image via Ween Rayy (Facebook)

Lihat posting penuh di bawah:

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

SAYS.com
Image via SAYS SeismikImage via