Wanita Ajar ‘Tips’ Basuh Seluar Dalam Guna Mesin Kopi Hotel Dikecam Ramai

Boleh pula dia guna mesin tu.

Enlarge text
Cover ImageCover image via @tarawoodcox11 (TikTok)
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Seorang pempengaruh (influencer) pelancongan kini menjadi sasaran kecaman di media sosial selepas berkongsi "tips" kotor untuk mencuci pakaian dalam ketika menginap di hotel

Menerusi video yang tular di TikTok, wanita tersebut berkongsi penyelesaian bagi pengembara yang terlupa membawa bekalan pakaian dalam yang mencukupi.

Namun, kaedah yang dicadangkannya iaitu menggunakan mesin kopi di bilik hotel sebagai "mesin basuh" mini telah dianggap sebagai satu tindakan yang menjijikkan dan membahayakan kesihatan.

Dakwa dipelajari dari rakan pramugari

Video tular di TikTok itu memaparkan seorang wanita berkongsi "tips" mencuci pakaian dalam menggunakan mesin kopi hotel yang kononnya dipelajari daripada seorang pramugari.

Dia menyarankan supaya pakaian dalam yang kotor dimasukkan terus ke dalam ruang serbuk kopi sebelum mesin dihidupkan bagi membolehkan air panas mengalir melaluinya.

Bagi melengkapkan proses tersebut, dia mencadangkan penggunaan pengering rambut hotel untuk mengeringkan pakaian itu dan mendakwa teknik tersebut berkesan untuk menghasilkan pakaian bersih dengan segera.

SAYS.com
Image via @tarawoodcox11 (TikTok)

Tindakan pempengaruh tersebut mencetuskan kemarahan warga maya yang menyifatkannya sebagai "tingkah laku biobahaya" yang menjijikkan dan mengancam keselamatan awam.

Rata-rata netizen menyarankan agar pengembara lebih baik membeli pakaian baharu atau mencucinya di singki sahaja berbanding mencemari kemudahan kongsi yang boleh menyebabkan jangkitan kuman kepada tetamu seterusnya.

Pakar kesihatan turut menegaskan bahawa suhu air mesin kopi hotel tidak cukup panas untuk membunuh patogen berbahaya seperti norovirus.

Proses pengaliran air yang pantas juga tidak memenuhi kriteria pensterilan yang berkesan, sekali gus meningkatkan risiko penyebaran bakteria.

Insiden ini menjadi peringatan tegas buat pelancong agar sentiasa memeriksa kebersihan kemudahan di bilik penginapan. Tiada jaminan bahawa penghuni terdahulu mematuhi protokol kebersihan, dan penyalahgunaan peralatan seperti ini boleh membawa kepada penularan penyakit yang serius.

Lihat video di bawah:

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik