Waktu Solat Malaysia Kini Ada Langganan Tanpa Iklan & Artikel Dalam Aplikasi, Fokus Pengalaman Ibadah Lebih Tenang

Cepat download aplikasi Waktu Solat Malaysia sekarang, mudah!

Enlarge text
Cover ImageCover image via Waktu Solat Malaysia
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Menjelang bulan Ramadan, aplikasi gaya hidup Islam popular, Waktu Solat Malaysia (WSM) memperkenalkan ciri baharu yang membolehkan pengguna melanggan versi tanpa iklan, sekali gus memberi pengalaman penggunaan yang lebih lancar dan fokus kepada ibadah

Aplikasi berkenaan turut memperkenalkan ciri artikel dalam aplikasi (In-App Article) bagi memudahkan pengguna membaca pelbagai kandungan berkaitan Islam secara terus tanpa perlu keluar dari aplikasi.

WSM berkata, inisiatif langganan tanpa iklan ini diperkenalkan selepas menerima maklum balas daripada pengguna yang mahukan pengalaman aplikasi lebih selesa tanpa gangguan.

Menerusi kemas kini terbaharu di Apple App Store dan Google Play, pengguna kini boleh memilih beberapa pelan langganan:

  • Bulanan: RM9.90
  • Suku tahun: RM28 (sekitar RM9.33 sebulan)
  • Tahunan: RM108 (sekitar RM9 sebulan)

Langganan ini boleh dibuat melalui pelbagai kaedah pembayaran termasuk FPX, e-dompet, kad kredit/debit, DuitNow atau rangkaian telefon bimbit.

Dengan langganan tersebut, pengguna boleh menggunakan semua ciri utama aplikasi tanpa gangguan iklan seperti:

  • Waktu solat
  • Al-Quran digital
  • Arah kiblat
  • Tasbih harian
  • Doa harian
  • Panduan solat
  • Zikir

Turut sertakan akses tanpa iklan ke Tonton

Menariknya, pelanggan pelan tanpa iklan juga diberikan akses percuma tanpa iklan kepada platform penstriman Tonton.

Platform itu menampilkan pelbagai kandungan hiburan keluaran Media Prima termasuk rancangan dari TV3, TV9 dan 8TV.

Selain itu, terdapat juga saluran premium seperti TVN, Animax dan GEM yang menampilkan kandungan antarabangsa termasuk drama Korea.

Kini boleh baca artikel Islam terus dalam aplikasi

Selain langganan tanpa iklan, WSM turut memperkenalkan ciri artikel dalam aplikasi yang membolehkan pengguna membaca sebahagian kandungan secara terus.

Bagi bacaan penuh, pengguna akan dibawa ke portal rasmi Waktu Solat Malaysia yang memaparkan pelbagai kategori artikel seperti:

  • Panduan ibadah
  • Berita Islam
  • Persoalan hukum
  • Inspirasi
  • Gaya hidup Islam

Menurut Pengurus Program OTT REV, Safwan Rahim, ciri tersebut diperkenalkan untuk memudahkan pengguna mendapatkan maklumat dan ilmu bderkaitan Islam dengan lebih cepat melalui satu platform.

Katanya, langkah ini juga bertujuan menjadikan aplikasi berkenaan sebagai pusat rujukan digital umat Islam bagi panduan ibadah serta kandungan gaya hidup Islam.

Pengguna yang berminat boleh memuat turun atau mengemas kini aplikasi Waktu Solat Malaysia melalui App Store atau Google Play sekarang.

Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: