Wajah Cantik Tapi Pengotor, Wanita Dedah Sikap Housemate Pemalas – “Berak & Kencing Dalam Bekas”
Luaran yang kemas dan terurus tidak semestinya mencerminkan keadaan sebenar seseorang di ruang peribadi mereka.
Cover image via ThreadsFollow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Di media sosial, kita sering melihat individu tampil cantik, bergaya dan kelihatan sempurna setiap kali melangkah keluar rumah
Namun siapa sangka, di sebalik imej yang meyakinkan itu, wujud kisah yang cukup mengejutkan hingga mengundang rasa jijik dan tanda tanya.
Itulah yang dikongsikan oleh seorang pengguna Threads baru-baru ini apabila meluahkan pengalaman tinggal serumah dengan seorang wanita yang disifatkan cantik, bergaya dan normal seperti orang lain namun mempunyai tabiat kebersihan yang sangat membimbangkan.

Luaran cantik, realiti dalam bilik mengejutkan
Menurut perkongsian tersebut, individu berkenaan merupakan seorang wanita yang gemar bersolek dan sentiasa tampil kemas apabila berada di luar.
Namun keadaan itu langsung tidak menggambarkan realiti di dalam biliknya.
Pengguna Threads itu mendakwa, rakan serumahnya sanggup membuang air kecil dan besar ke dalam bekas walaupun tandas tersedia hanya beberapa langkah dari katil.
Lebih mengejutkan, bekas berkenaan dibiarkan sehingga mengeluarkan bau busuk dan dicampur pula dengan ubat gegat.
Bukan itu sahaja, sisa makanan yang telah dimakan pula ditinggalkan di dalam rak baju sehingga berkulat, manakala tuala wanita terpakai semasa haid dibiarkan merata-rata tanpa dibersihkan, menyebabkan bau yang tidak menyenangkan.

Ditegur berkali-kali, namun tiada perubahan
Rakan serumah lain telah berkali-kali menegur, memarahi dan membersihkan bilik wanita berkenaan, namun semua usaha seolah-olah sia-sia.
"Banyak kali dah orang lain tolong kemas bersihkan siap mop lagi bagi cantik kemas end up esok nya jadi kotor so sah dia ada masalah or penyakit kotor. Satu rumah bersih kecuali bilik dia sahaja," katanya.
Bilik air bersama tetap bersih kerana orang lain mengurusnya, tetapi bilik peribadi wanita itu dibiarkan kotor.
Apa yang membingungkan ramai ialah wanita ini kelihatan normal dari segi pergaulan dan tingkah laku harian.
Keadaan itu menimbulkan perbincangan hangat di media sosial adakah ia sekadar sikap pengotor atau petanda masalah kesihatan mental?
Perkongsian itu juga mendapat pelbagai reaksi, ada yang berkongsi pengalaman serupa, ada yang menyarankan bantuan profesional.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



