“Volvo, Nissan, Audi & Mercedes” – Kisah Keluarga Dengan Nama ‘Rare’ Jadi Perhatian

First time dengar nama orang seunik ini.

Enlarge text
Cover ImageCover image via TikTok
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Seorang remaja perempuan dari Tangerang, Banten, Indonesia mencuri perhatian netizen selepas kisah unik namanya menjadi tular di media sosial

Menerusi hantaran di TikTok, remaja tersebut, yang dikenali sebagai Salza, mendedahkan nama penuhnya ialah Mercedes Salzabilla yang diambil sempena jenama kereta mewah terkenal.

Namun apa yang lebih menarik, bukan dia seorang sahaja yang mempunyai nama unik itu.

Menurut Salza, kesemua adik-beradiknya juga dinamakan berinspirasikan jenama automotif.

Dalam perkongsian tersebut, dia menjelaskan abang sulungnya bernama Volvo, diikuti dua kakaknya yang masing-masing bernama Nissan dan Audi.

Dirinya pula menjadi 'penutup' kepada tema unik keluarga itu dengan nama Mercedes.

Salza berkata, idea di sebalik nama-nama tersebut datang daripada bapanya yang merupakan peminat tegar dunia automotif

"Mungkin kerana bapa saya meminati automotif, jadi nama-nama kami semua terinspirasi daripada itu," katanya.

Perkongsian tersebut ternyata menjadi tular dan mengundang pelbagai reaksi daripada netizen.

Rata-rata terhibur dengan keunikan nama keluarga itu, malah ada yang berseloroh mengatakan keluarga tersebut seperti line-up showroom kereta.

Tidak kurang juga yang memuji kreativiti si bapa dalam memberikan nama yang bukan sahaja unik, tetapi mudah diingati.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

SAYS.com
Image via SAYS SeismikImage via
MOST READ
0

Category of interest