Vivy Yusof Berjuang Dengan Penyakit Lupus, Kongsi Stres Buat Keadaan Lebih Teruk
Lupus adalah penyakit autoimun kronik yang menyebabkan sistem imun tubuh menyerang tisu dan organ tubuh.
Cover image via @vivyyusof (Instagram)Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Pengasas jenama terkenal dan platform e-dagang FashionValet, Datin Vivy Yusof mengejutkan ramai apabila mendedahkan bahawa beliau kini berdepan ujian besar dalam hidupnya
Ia selepas beliau disahkan menghidap penyakit autoimun lupus atau nama penuhnya Systemic Lupus Erythematosus (SLE).
Dalam satu hantaran penuh emosi di Instagram, Vivy Sofinas Yusof, 38 tahun, berkongsi bahawa penyakit ini bukan bersifat sementara, sebaliknya satu pertempuran jangka panjang yang akan menjadi sebahagian daripada hidupnya buat selama-lamanya.
"Lupus bermaksud serigala yang memberi gambaran betapa penyakit ini menakutkan. Secara asasnya, menyakitkan badan anda dari dalam. Anda mungkin tak sedar kerana wujud menerusi simptom seperti keletihan, ruam atau sakit sendi.
"Stres adalah musuh utama, saya fikir saya sudah menguruskan stres saya dengan baik sebagai seorang usahawan. Saya jarang jatuh sakit dan saya selalu optimis. Tetapi, saya tidak tahu bahawa badan saya sebenarnya sedang runtuh dari dalam," katanya.

Reda lepas dikesan penyakit itu, boleh usaha mencari jalan untuk merawat
Bagaimanapun, Vivy rasa bersyukur kerana dapat tahu menghidap penyakit tersebut dan boleh mencari jalan untuk merawatnya.
"Saya bersyukur saya disahkan menghidap penyakit itu. Jadi, saya tahu bagaimana hendak merawatnya.
"Saya diberitahu ia adalah penyakit seumur hidup di mana saya sudah reda menerimanya. Tetapi, saya sentiasa mencari pilihan rawatan yang tidak membabitkan pengambilan steroid untuk jangka masa panjang," katanya.

Vivy juga dilihat kembali berkongsi mengenai kehidupannya bersama pengikut dalam media sosial selepas mengambil masa seketika untuk dirinya sendiri.
Selepas mengambil keputusan untuk mengaktifkan mod privasi di Instagram peribadinya, Datin Vivy Yusof kini kembali di platform media sosial menerusi akaun baharu @sincerelyvivy.
Akaun ini diwujudkan khusus sebagai ruang untuk beliau berkongsi sisi peribadi termasuk perjuangannya melawan penyakit autoimun lupus.
Melalui catatan terbarunya, Vivy berkongsi pelbagai pengalaman serta cabaran kesihatan yang dihadapinya sejak disahkan menghidap lupus, satu penyakit yang menyerang tisu dan organ dalam badan secara senyap.
Vivy dan suaminya, Datuk Fadzarudin Shah Anuar, sebelum ini didakwa di mahkamah atas pertuduhan pilihan berkaitan pecah amanah dana pelaburan milik Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) dan Permodalan Nasional Berhad (PNB) berjumlah RM8 juta, yang dikatakan berlaku kira-kira enam tahun lalu.

Sesiapa sahaja boleh menghidap lupus, statistik menunjukkan ia lebih kerap berlaku dalam kalangan wanita terutamanya mereka yang berusia antara 15 hingga 50 tahun.
Penyakit ini juga memberi impak besar terhadap kesihatan mental, termasuk gejala kegelisahan dan kemurungan, yang sering kali tidak kelihatan dari luar.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



