[VIDEO] Zoo Negara Jadi Saksi Cinta, Lelaki Lamar Kekasih Guna Bantuan Burung Kakak Tua

Sweetnya!

Enlarge text
Cover ImageCover image via @znmzoonegara (TikTok)
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Setiap hubungan cinta yang matang dan penuh pengertian lazimnya akan sampai ke satu titik penting iaitu pada detik lamaran

Ia bukan sekadar soal melutut dan menyarungkan cincin, tetapi simbol komitmen, kesediaan dan harapan untuk membina masa depan bersama.

Bagi banyak pasangan, lamaran adalah langkah pertama menuju alam rumah tangga, dan momen ini sering menjadi kenangan paling manis dalam perjalanan cinta mereka.

Baru-baru ini, tular apabila pasangan kekasih yang menjadi perhatian selepas melamar kekasihnya di Zoo Negara.

SAYS.com
Image via @znmzoonegara (TikTok)

Burung kakak tua jadi perantara cinta

Menerusi satu video yang dimuat naik di TikTok @znmzoonegara, detik lamaran ini jadi tular apabila seekor burung kakak tua menjadi 'penghantar cinta' paling comel.

Video berkenaan bermula dengan aksi seekor burung kakak tua yang terbang mengambil sumbangan daripada seorang wanita sebelum kembali kepada penjaganya.

Beberapa saat kemudian, burung tersebut kembali semula kepada wanita berkenaan, kali ini dengan membawa sekeping nota kecil.

Apabila nota itu dibuka, tersingkap satu mesej romantik yang menyentuh hati: "Will you marry me?". Rupa-rupanya iam adalah lamaran istimewa daripada kekasihnya itu.

SAYS.com
Image via @znmzoonegara (TikTok)

Lelaki itu kemudian dilihat melutut dan membuat lamaran secara rasmi di hadapan khalayak ramai.

Lebih manis, wanita tersebut menerima dengan penuh terharu, sambil disambut dengan sorakan dan tepukan gemuruh daripada orang ramai yang turut menyaksikan detik penuh bermakna itu.

"Zoo Negara ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Encik Fuji Chong dan pasangan tersayang! Kami benar-benar berasa terharu dapat menjadi sebahagian daripada detik lamaran penuh magis yang berlangsung hari ini semasa Persembahan Multi-Haiwan kami.

"Sungguh satu penghormatan buat kami untuk menyaksikan momen penuh cinta ini! Terima kasih kerana memilih kami dan haiwan-haiwan kami untuk turut serta dalam kisah cinta anda yang begitu bermakna.

"Kami mendoakan kebahagiaan dan cinta abadi buat anda berdua!,"
tulis Zoo Negara pada kapsyen.

Lihat video di bawah:

@znmzoonegara

Zoo Negara would like to congratulate Mr. Fuji Chong and his lovely partner!💍❤️ It was truly heart-filling to be part of their magical proposal today during our Multi-Animal Show. What an honor to witness such love! Thank you for choosing us and our animals to be part of your unforgettable love story. Wishing you both a lifetime of happiness and love!🥰💖 To all the single people out there.. grab your snacks and meet me under the bed. It's crying time. #marriageproposal #willyoumarryme #love #wildlife #zoonegara #zoonegaramalaysia #zoonegaramalaysia2025 #fyp #fypシ゚

♬ original sound – Zoo Negara Malaysia – Zoo Negara Malaysia

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik