[VIDEO] YouTuber Bina Rumah Terapung Siap Dengan Kereta Mewah, Akhirnya Disita Di Pulau Bidong

Difahamkan, enam individu berusia 21 hingga 32 tahun, termasuk pempengaruh lelaki tersebut turut ditahan untuk siasatan lanjut.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Kosmo! & Isa Isarb (YouTube)
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Seorang pempengaruh media sosial tidak sempat menikmati hasil projek luar biasanya apabila binaan rumah terapung dua tingkat yang dibangunkan untuk tujuan penggambaran disita oleh pihak berkuasa baru-baru ini

Menurut laporan Kosmo!, kejadian itu dikatakan berlaku semalam apabila Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) melakukan serbuan di perairan Pulau Bidong, Terengganu, sekitar pukul 6 petang.

Platform terapung yang dilengkapi set bilik tidur dan sebuah kereta mewah itu ditunda menggunakan sebuah bot penumpang, manakala sebuah lagi bot lain bertindak sebagai pengiring.

SAYS.com
Image via Kosmo!

Tiada peralatan keselamatan dan lesen sah daripada Jabatan Laut

Pengarah Maritim Terengganu, Kepten Maritim Hamiludin Che Awang berkata, platform tersebut dikesan kira-kira 29.63 kilometer dari barat laut perairan Kuala Terengganu.

"Siasatan awal mendapati platform terapung yang mempunyai sebuah kereta di atasnya telah ditunda oleh sebuah bot penumpang manakala sebuah bot lain mengiringinya. Ia telah dijadikan lokasi penggambaran oleh pempengaruh media sosial terbabit," katanya.

SAYS.com
Image via Isa Isarb (YouTube)

Dalam operasi tersebut, enam individu berusia 21 hingga 32 tahun, termasuk pempengaruh lelaki itu, turut ditahan untuk siasatan lanjut.

Hasil pemeriksaan awal, pihak APMM mendapati rumah terapung itu dibina tanpa sebarang peralatan keselamatan yang sewajarnya, sekali gus menimbulkan risiko kepada kru, penumpang dan pengguna perairan lain.

"Tindakan tersebut bukan sahaja melanggar undang-undang malah membahayakan nyawa kru, penumpang serta pengguna perairan lain," katanya lagi.

Setakat ini, pihak APMM telah menyita platform terapung berkenaan dan kes sedang disiasat mengikut undang-undang maritim yang berkuat kuasa.

Lihat video di bawah:

Instagram will load in the frontend.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

SAYS.com
Image via SAYS SeismikImage via
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: