[VIDEO] Wanita Tekad Hancurkan Kereta Proton Saga Dengan Pisau Pemotong
Difahamkan, motif sebenar kejadian masih tidak diketahui.
Cover image via update1111/XFollow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Satu video telah dikongsikan menunjukkan seorang wanita sedang menghancurkan kereta Proton Saga dengan pisau pemotong
Proton Saga dengan warna pirus baru-baru ini telah ditetak dan dirosakkan oleh seorang wanita.
Rakaman video ini telah dikongsi oleh @update11111 di X.
Dilaporkan oleh New Straits Times, ketika video itu dirakam wanita berkenaan sedang melihat bahagian depan pemandu dan kemudiannya merosakkan lampu belakang dan bahagian badan kereta.
Ramai bingung dengan tindakan wanita ini
Wanita itu juga turut memecahkan kesemua tingkap kereta kecuali tingkap hadapan.
Tidak lama kemudian wanita berkenaan meninggalkan tempat kejadian.

Setelah semuanya berakhir, orang ramai mengerumuni kereta itu untuk melihat keadaan kereta yang telah dirosakkan.

Susulan itu, dua polis yang datang dengan motosikal juga hadir untuk melakukan siasatan terhadap kejadian ini.
Setakat artikel ini ditulis, tempat kejadian dan masa kejadian masih belum dapat disahkan dan tiada kenyataan rasmi dari pihak berkuasa mengenai motif sebenar wanita itu merosakkan kereta tersebut.
VIDEO: https://twitter.com/update11111/status/2026981877194936424
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



