[VIDEO] Wanita Mengamuk Di Restoran Mamak, Pemilik Dedah Alami Kerugian Lebih RM45,000
Hasil siasatan awal mendapati wanita berkenaan mempunyai sejarah rawatan psikiatri.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Seorang wanita bertindak agresif dan mengamuk di sebuah restoran di Taman Tasek Damai, Ipoh, Perak baru-baru ini selepas dipercayai tidak berpuas hati berhubung urusan pembayaran makanan
Menurut laporan Buletin TV3, Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, insiden tersebut berlaku kira-kira jam 6.30 pagi apabila suspek bertindak di luar kawalan dengan mengambil makanan milik pelanggan lain, menampar seorang lelaki serta mencederakan seorang individu di bahagian dada.
Menurut beliau, wanita berkenaan turut menggunakan sebilah pisau pemotong daging untuk merosakkan peralatan restoran termasuk memecahkan cermin penghidang makanan.

"Suspek juga dipercayai mengambil wang tunai dari laci restoran selain memberikan makanan secara percuma kepada pelanggan yang berada di premis berkenaan," katanya.
Akibat insiden itu, pemilik restoran mengalami kerugian dianggarkan melebihi RM45,000 melibatkan kerosakan harta benda serta kehilangan wang tunai


Susulan kejadian, suspek telah ditahan dan dibawa ke Balai Polis Kampong Tawas bagi membantu siasatan lanjut.
Tambah beliau, hasil siasatan awal mendapati wanita berkenaan mempunyai sejarah rawatan psikiatri dan dipercayai baru sahaja menerima rawatan di Hospital Taiping sebelum kejadian berlaku.
Sehubungan itu, pihak polis menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan maklumat tidak sahih yang boleh menimbulkan kekeliruan berhubung insiden tersebut.
Lihat video di bawah:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via 