[VIDEO] Wanita Kongsi ‘Trick’ Mudah Untuk Anak Yang Baru Belajar Menulis
Menarik aktiviti ni!
Cover image via ThreadsFollow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Baru-baru ini, seorang wanita berkongsi cara mudah untuk mengajar anak mahir menulis telah mencuri tumpuan ramai
Menerusi perkongsian di laman Threads, kelihatan wanita itu hanya menggunakan getah rambut untuk menyelitkan di jari anaknya.
Kemudian, jari si kecil itu dilihat menulis huruf 'A' dengan lancar dan teratur.
"Boleh pakai trick ni. Untuk yang baru nak belajar," tulisnya.

Susulan tularnya video tersebut, ia mendapat pandangan berbeza daripada warganet di media sosial
Ada yang berpendapat bahawa lebih baik jika ibu bapa mencuba aktiviti lain seperti melukis dan mewarna untuk menguatkan otot jari mereka.
Apabila anak sudah menguasai motor skills, maka jari mereka akan lebih lembut untuk belajar menulis.
Walau bagaimanapun, wanita itu berkata perkongsian tersebut hanyalah for fun sahaja dan boleh dilakukan sebagai aktiviti sampingan.

Lihat perkongsian di bawah:
View on Threads
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



