[VIDEO] Wanita Kongsi Pengalaman Didampingi 7 ‘Peneman Kecil’ Ketika Hiking
Pengawal peribadi terbaik!
Cover image via @nrhnsnjhh (TikTok)Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, aktiviti hiking semakin menjadi trend dalam kalangan anak muda Malaysia
Kalau dulu hujung minggu sinonim dengan lepak kafe atau tengok wayang, sekarang ramai yang pilih untuk bangun awal, sarung kasut trekking dan mendaki bukit atau hutan demi menikmati udara segar serta pemandangan alam yang menenangkan.
Bukan sekadar aktiviti riadah, hiking kini dianggap sebagai cara untuk "reset" minda, lepaskan tekanan kerja dan media sosial, serta peluang untuk reconnect dengan alam.

Tujuh ekor anjing menemani perjalanan hiking
Menerusi satu video yang dimuat naik di akaun TikTok @nrhnsnjhh, gadis ini berkongsi pengalaman hiking ke Air Terjun Lepoh, Hulu Langat.
Bukan pemandangan yang buat videonya jadi viral, tapi tujuh 'pengiring' setia yang ikut menemani sepanjang laluan pendakian.
Dalam video tersebut, kelihatan dia melangkah naik ke trek hutan sambil diikuti tujuh ekor anjing kampung yang trotting manja belakang dia, macam sekumpulan 'bodyguard' berbulu.
Namun, pemilik video berkenaan tampil menjelaskan bahawa walaupun situasi itu seolah-olah menggambarkannya sebagai 'Snow White' untuk seketika, beliau sebenarnya tidak mendaki seorang diri.
Katanya, dia turut ditemani rakan-rakan ketika hiking, dan tiada sesiapa yang ditinggalkan sepanjang perjalanan itu.
Lihat video di bawah:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



