[VIDEO] Wanita Kongsi Momen Berjaya Strike ‘Ikan Layar’ – “Rasa Nak Tercabut Bahu”
Power lah kak!
Cover image via @ainmazalan (TikTok)Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Bagi mereka yang mempunyai hobi memancing, sudah tentu akan seronok jika mendapat ikan besar
Senang cerita, orang selalu panggil 'jackpot'. Iyalah, bukan senang nak pancing ikan besar kan. Kalau dah dapat tu, memang powerlah.
Seperti video yang tular baru-baru ini, seorang wanita teruja apabila dapat memancing ikan layar.


Jumlah masa yang diambil untuk 'landed' kan ikan layar ialah 30 minit
"Ramai nak tau berapa lama Aina main layaran ni, total masa yang diambil untuk landed kan ikan ni selama 30 minit.
"Rase nak tercabut bahu, rase nak marahh hahaha. Sebenarnye tak expect pon boleh dapat layaran ni.sebab orang dok cakap susah nak cari lesen ni tapi Allah bagi juga rezeki Aina merasa," katanya.
Walau bagaimanapun, ikan layar itu terpaksa dilepaskan semula kerana ia merupakan spesis ikan terkawal dan memerlukan lesen khas jika ingin bawa ke daratan.

Lihat video penuh di bawah:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



