[VIDEO] Wanita Cuba Semua Tester Di Pasar Raya – “Sambil Habiskan MySARA Dapat Free Lunch”

Lapar pula tengok dia makan.

Enlarge text
Cover ImageCover image via @itsnanyrahman (TikTok)
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Baru-baru ini, tular satu video di TikTok memaparkan seorang wanita menjadikan hidangan tester di pasar raya sebagai makan tengah harinya

Ternyata, ia mencuri perhatian ramai pengguna media sosial sehingga ia kini mencecah 1.4M tontonan dan lebih 6,000 perkongsian.

Menerusi perkongsian oleh @itsnanyrahman, wanita berkenaan dilihat mencuba pelbagai jenis makanan dan minuman tester ketika berkunjung ke pasar raya Mydin.

"Sambil habiskan MySARA, sambil lunch sekali," tulisnya.

Dalam video tersebut, dia menikmati pelbagai tester makanan seperti mi segera, kerepek kentang, dumpling, roti canai, serta aneka minuman termasuk susu pisang, jus oren dan teh tarik

Tidak cukup dengan itu, dia turut menjamu pencuci mulut seperti aiskrim coklat dan yogurt berperisa blueberry.

Tinjauan di ruangan komen mendapati ada pengguna yang kagum melihat pasar raya berkenaan menyediakan pelbagai jenis tester untuk pelanggan mencuba sebelum membeli.

Walaupun semua hidangan itu disediakan dalam saiz kecil sekadar untuk merasa, namun netizen mengakui boleh jadi kenyang juga jika mencuba setiap satu yang ditawarkan.

SAYS.com
Image via

Lihat video di bawah:

@itsnanyrahman

Replying to @p_- Sambil habiskan MySARA sambil lunch sekali 😋 #eating #samples #mydin #sampling #malaysiafoodie

♬ Not Like Us – Kendrick Lamar
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: