“InsyaAllah Lain Kali, Saya Akan Lebih Teliti” – Che Sayang Jawab Isu Dihentam Cef Di X

Difahamkan, Che sayang akan lebih meneliti resepi-resepi yang akan datang nanti.

Enlarge text
Cover ImageCover image via CheSayang_ / X
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Baru-baru ini Che Sayang telah dihentam beberapa orang di platform X

Semuanya bermula selepas dia mengeluarkan video siri 2 minit 1 Resepi untuk cottage pie.

Di pautan komen dan petikan itu, terdapat beberapa individu yang mengatakan Che Sayang tidak menggunakan resepi yang betul untuk cottage pie dan tidak mengikut cara asal masakan barat dan orang Ireland.

Ada juga yang mengatakan apabila video masakan barat dari rakyat Malaysia selalu mengajar benda yang salah.

Walau bagaimanapun, Che Sayang tampil memberi kenyataan mengenai perkara itu

Che Sayang telah membuat satu kenyataan di Threads dan berterima kasih kepada yang memberinya kata-kata semangat yang positif.

"Terima kasih banyak kepada yang dah berikan kata-kata semangat yang positif. Saya sangat hargai sokongan semua orang," ujar Che Sayang.

Che Sayang juga mengatakan dia akan lebih meneliti untuk resepi akan datang dan mengatakan matlamat utama tetap berkongi sesuatu yang memudahkan orang.

SAYS.com
Image via CheSayang_ / X

"InsyaAllah lain kali, saya akan lebih teliti dalam perkongsian. Tapi matlamat utama tetaplah berkongsi sesuatu yang memudahkan orang. Bila dapat tahu ramai yang dapat manfaat, rasa terharu sangat." katanya lagi.

Dia juga mengatakan dia bukanlah dari latar belakang masakan dan masih banyak lagi yang dia perlu pelajari dari masa ke masa.

Ramai netizen memuji resepi Che Sayang banyak membantu

Di sebalik kecaman itu, ramai netizen lain sebenarnya bersyukur dengan resepi mudah dari Che Sayang.

"Hidup ini sedmuanya untuk belajar dan memberi ruang untuk penambahbaikan. resepi awak banyak tolong kami, dari yang bujang, perlukan sesuatu yang cepat, bahan-bahan yang mudah dan murah dibeli, teruskan kerja baik awak!," ujar everthingissage di Threads.

"Aku masa sorang-sorang di rumah TikTok Che Sayang ni la yang aku tengok untuk cari idea masak," ujar zaeen_Sir7 di X.

"Resepi yang Che Sayang kongsi adalah resepi ringkas untuk panduan. Kalau Che Sayang pakai potato flake, yang rajin, buat la mash from scratch. Apa yang payahnya? Mana ada masak kena bersyarat, asam pedas kena ada asam jawa dan lain-lain. Saya kalau masak ketika melancong, guna lemon je. Masam ok sahaja." kat anakrahmat di Threads.

"Tetapkan matlamat dan semoga terus berjaya Che Sayang! Ikhlas dari CHe bukan sayang ~ Che Nom," dari Che Nom di Threads.

Menerusi pendapat orang ramai ramai bersetuju memasak akan sentiasa berubah-ubah.

Resepi yang selalunya digunakan tidak semestinya akan diikut dan akan dipermudahkan terutamanya untuk orang ramai yang mahukan resepi paling mudah dan cepat.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: