RM100 SARA Kini Dikreditkan Dalam MyKad, Ini Senarai Barang & Makanan Yang Boleh Dibeli

Makanan sejuk beku kini dalam senarai 15 kategori layak menggunakan SARA.

Enlarge text
Cover ImageCover image via SARA & DragonFrozenFood
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

RM100 SARA telah dikreditkan kepada semua rakyat Malaysia mulai hari ini, 9 Februari 2026.

Untuk pengetahuan anda, Sumbangan Asas Rahmah (SARA) adalah program dimana rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas layak untuk menerima.

Sebanyak RM2.2 bilion jumlah peruntukan telah diberi sebagai salah satu cara untuk membantu dalam peningkatan kos taraf hidup.

Bagi SARA pada tahun ini, sebanyak 22 juta pemilik MyKad layak untuk menerima SARA.

Program SARA juga menambah makanan sejuk beku dalam senarai

SAYS.com
Image via Harian Metro

Terdapat 15 kategori baharu telah ditambah untuk SARA kali ini sekaligus menjadi lebih 140,000 produk layak dibeli menggunakan SARA.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim juga mengatakan kerajaan akan mengambil maklum balas orang ramai untuk menyenangkan lagi proses pembelian dan fleksibiliti.

SAYS.com
Image via BERNAMA

Sehingga hujung tahun ini, program SARA dijangka akan disertai oleh lebih 10,000 peruncit akan menyertai inisiatif ini.

Jumlah peruncit kecil juga akan ditambah dan setiap peruncit yang layak akan dipastikan hanya 7km dari kawasan perumahan terdekat.

15 Kategori Produk Untuk SARA:

SAYS.com
Image via SARA

– Beras
– Telur
– Roti
– Minyak Masak
– Biskut
– Mi
– Tepung
– Minuman
– Bahan Perasa
– Makanan Dalam Tin
– Produk Penjagaan Diri
– Ubat-Ubatan Di Kaunter
– Keperluan Sekolah
– Barangan Kebersihan Rumah
– Makanan Sejuk Beku (Tempatan)

Kredit RM100 SARA sah digunakan sehingga 31 Disember 2026.

Untuk makluman, SARA Bulanan telah dikredit mulai 9 Januari lepas bagi penerima Isi Rumah dan Warga Emas dan 16 Januari lepas bagi penerima Individu Bujang.

Kelayakan, baki SARA, senarai peruncit dan maklumat lanjut boleh didapati di laman rasmi Sumbangan Asas Rahmah (SARA)!

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: