Tak Perlu Stress Didapur, Marrybrown Bawakan Hidangan Raya Buat Seisi Keluarga

Tak sempat masak? Tak balik kampung? Jangan risau, pada tahun ini, rasa tradisi tu datang dalam cara yang ramai tak sangka

Enlarge text
Cover Image
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Artikel ini ditaja oleh Marrybrown.

Setiap kali Raya makin dekat, mesti ada satu soalan yang menjadi perbualan penting dalam family group iaitu "nak makan apa pagi Raya nanti?"

Seterusnya, bermulalah proses memasak berjam-jam di dapur sehingga keletihan di pagi Raya.

Tapi tahun ini lain sikit. Sebabnya, anda boleh beraya tanpa stress di dapur sambil menyediakan hidangan raya!

Dua-dua boleh sekali jalan!

Bila Rasa Kampung Masuk Restoran Fast Food

Image via Marrybrown

Siapa sangka, Marrybrown selaku jenama yang sudah 45 tahun di pasaran tampil dengan set baharu iaitu Santapan Ramadan sempena Ramadan dan Raya yang bakal tiba!

Bayangkan anda masuk sahaja Marrybrown, bau rempah terus naik ke hidung. Nasi berempah panas berasap, ayam goreng rangup berempah dan kuah kari pekat cukup rasa. Siap ada ulam-ulaman di tepi.

Eh, biar betul restoran fast food hidangkan masakan tradisional? Ya, memang betul!

Hidangan tempatan kegemaran rakyat Malaysia kini boleh dinikmati dalam suasana restoran fast food.

Tak perlu tunggu open house. Tak perlu tunggu orang jemput. Bila-bila masa pun boleh rasa 'mood Raya'. Menarik bukan?

Set Keluarga Yang Sesuai Dijamah Sempena Raya

Menariknya dengan set Santapan Ramadan, Marrybrown membekalkan anda pakej lengkap untuk seisi keluarga.

Santapan Ramadan dilengkapi dengan:

  • MB Nasi Berempah & kuah kari istimewa
  • 4 ketul Ayam Goreng MB
  • 4 minuman sejuk
  • 1 dulang ulam

Fuh, Santapan Ramadan bukan sahaja menjanjikan nostalgia malah memberi kegembiraan buat seisi keluarga dengan set hidangan lengkap.

Santapan Ramadan Sedia Untuk Didapatkan Di Marrybrown

Set Santapan Ramadan sedia untuk didapatkan di seluruh cawangan Marrybrown Malaysia. Dalam erti kata lain, memang sesuai sangat untuk dijadikan hidangan untuk berbuka dan juga sewaktu Raya nanti.

Yang penting bukan siapa masak dan bukan juga siapa belanja.

Apa yang paling utama adalah kita dapat duduk sama-sama sambil kongsi lauk, kongsi cerita dan juga berkongsi gelak ketawa.
Kongsi gelak.

Kadang-kadang kelainan kecil macam inilah yang buat sambutan jadi lebih memorable!

Oh ya, Marrybrown juga turut menerima pesanan awal di mana anda boleh membuat pesanan semudah klik di SINI.

Paling penting, makanan cepat sampai apabila semua mahu menjamah dan semua menjamah bersama.

Pada akhirnya, Raya bukan tentang di mana kita makan tapi dengan siapa kita makan!

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS