“Bukan Niat Untuk Membuli Atau Sebar Kebencian” – Wanita Mohon Maaf Kepada Che Sayang

"Saya menghargai prinsip makanan & disiplin kulinari"

Enlarge text
Cover ImageCover image via Malaysia Bangkit & Harian Metro
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Wanita yang memberi kritikan kepada Che Sayang kini telah tampil meminta maaf semalam

Dikongsikan di platform X, wanita dengan nama anything pasta atau @albeitniko telah mendapat perhatian ramai orang setelah mengkritik cara penyediaan resepi oleh Che Sayang yang hanya 'tidak semenggah' dan tidak ada seni.

SAYS.com
Image via @albeitniko / X

Anything pasta telah menerima banyak kritikan sejak beberapa hari ini kerana ramai netizen mengatakan Che Sayang hanya menyediakan masakan dengan cara yang mudah untuk orang ramai menirunya.

Permohonan maaf atas ketelanjuran mengkritik dengan terlalu kasar

Anything Pasta memohon maaf kerana sepatutnya dia lebih baik, lebih bijak dan bertenang dalam menyebarkan ilmu disiplin dalam bidang kulinari.

Kenyataan penuh:

"Salam, saya ingin menjelaskan situasi terkini mengenai komen saya terhadap video terbaru Che Sayang.

"Bukan niat saya untuk membuli dan menyebarkan kebencian kepada sesiapa pun. Namun, saya mengaku pilihan perkataan seperti "tak semenggah" dan komen kemahiran terlalu kasar dan tidak sesuai.

"Saya sepatutnya menghargai usaha beliau untuk membuat video. Untuk itu, saya mengambil tanggungjawab sepenuhnya.

"Sebagai seorang mementingkan prinsip makanan dan disiplin kulinari, saya sedar saya bahawa mungkin saya telah keterlaluan dalam menyampaikan pendapat saya secara terbuka.

"Saya faham kata-kata saya mungkin telah menginggung atau menyakiti seseorang dan saya dengan ikhlas memohon maaf.

"Kepada Che Sayang, dan sesiapa yang berada sedih atau terkesan dengan komen melalui saya secara peribadi, Anything Pasta, atau @albeitniko, saya benar-benar mohon maaf.

"Semoga Ramandan ini menjadi masa untuk muhasabah diri, perkembangan dan memperbaiki tingkah laku kita semua.

"Saya akan belajar dari kesilapan ini dan menjadi lebih baik untuk masa akan datang. Terima Kasih."

Khairul Aming juga tampil menegur mengenai perkara ini

Menerusi video yang dikongsikan Khairul Aming semalam, 1 bahan yang memberi gambaran resepi asli yang dikejar tetapi mampu meraikan kekeluargaan dan perpaduan jauh lebih bernilai dan bermakna.

Che Sayang dan Khairul Aming selalunya menyediakan resepi ringkas supaya mudah diikuti oleh rakyat marhaen tanpa perlu berbelanja besar.

SAYS.com
Image via Harian Metro

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: