Video Tular Cetus Kontroversi, MINDEF Arah Siasatan Segera Salah Laku Anggota ATM

Kementerian Pertahanan dan ATM tidak akan bertolak ansur terhadap sebarang perbuatan yang menjejaskan imej serta kredibiliti institusi.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Malay Mail
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kementerian Pertahanan (MINDEF) telah mengarahkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) untuk memulakan siasatan dalaman dengan kadar segera bagi meneliti dakwaan mengenai budaya tidak wajar di sebuah kem tentera yang kini tular di media sosial

Menerusi satu kenyataan rasmi, MINDEF menegaskan bahawa siasatan menyeluruh tersebut amat penting bagi menentukan kesahihan dakwaan berkenaan serta memastikan integriti institusi ketenteraan terus terpelihara.

Kenyataan itu menegaskan bahawa dakwaan berkenaan sama sekali tidak mencerminkan budaya, nilai, mahupun amalan sebenar ATM yang sentiasa berteraskan disiplin tinggi, profesionalisme, serta pematuhan ketat terhadap setiap prosedur keselamatan.

"Susulan itu, kepimpinan ATM telah diarahkan untuk memulakan siasatan dalaman dengan kadar segera bagi meneliti kesahihan dakwaan tersebut secara menyeluruh.

"Sekiranya terbukti benar, tindakan tegas tanpa kompromi akan diambil terhadap mana-mana pihak yang terlibat, selaras dengan peraturan, tatacara, dan peruntukan undang-undang sedia ada," jelas kenyataan itu lagi.

Tiada kompromi terhadap sebarang tindakan yang mencemarkan imej dan kredibiliti Kementerian Pertahanan mahupun ATM

Kementerian Pertahanan menegaskan bahawa pihaknya bersama ATM tidak akan sesekali bertolak ansur terhadap mana-mana perlakuan yang boleh mencemarkan imej serta kredibiliti institusi pertahanan negara.

Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi atau kesimpulan meluru yang boleh mengelirukan masyarakat, sekali gus menjejaskan reputasi kedua-dua pihak.

"Kementerian Pertahanan dan ATM kekal komited dalam memastikan disiplin, integriti, serta profesionalisme setiap warga pertahanan berada pada tahap tertinggi. Segala tindakan yang menggugat maruah institusi ini akan berdepan dengan tindakan tegas," jelas kenyataan itu lagi.

Terdahulu, tular di beberapa platform media sosial paparan gambar serta rakaman video yang mendakwa berlakunya perbuatan tidak beretika dan menyimpang daripada garis panduan perkhidmatan di dalam sebuah kem tentera.

SAYS.com
Image via Kementerian Pertahanan Malaysia (Facebook)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: