[VIDEO] Tendang Kereta Di Plaza Tol, Penunggang Motosikal Kini Telah Ditahan Polis

Punca kejadian masih dalam siasatan.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Harian Metro & Facebook
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Penunggang motosikal itu telah ditahan bagi membantu siasatan kerana dipercayai menendang sebuah kereta

Kejadian ini telah berlaku di kaunter bayaran Tol Kajang Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS) dan telah dirakam oleh dashcam kerena dibelakangnya.

Menurut laporan dari Harian Metro, Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof mengatakan, lelaki warga tempatan berusia 24 tahun adalah juga pekerja swasta yang bekerja disekitar Kajang.

SAYS.com
Image via Facebook

Video menunjukkan lelaki itu menendang pintu kiri kereta tersebut

"Polis juga sudah menerima satu laporan yang dibuat oleh seorang pemandu e-hailing berusia 65 tahun yang memandu Proton Saga ketika kejadian.

"Akibat daripada kejadian berkenaan, kenderaan mangsa mengalami kerosakan di bahagian hadapan sebelah kiri,"
katanya.

SAYS.com
Image via Facebook

Kes ini disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana perbuatan khianat yang boleh membawa kepada hukuman penjara tidak kurang daripada setahun dan tidak melebihi lima tahun atau denda, atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

"Punca motif kejadian itu masih dalam siasatan," katanya lagi.

Pihak polis menasihati supaya pengguna jalan raya dinasihatkan untuk mengamalkan sikap bertimbang rasa dan mematuhi undang-udang dan peraturan lalu lintas.

Video penuh di bawah:

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: