[VIDEO] Selamba Tukar Lorong Mengejut, Tindakan Driver Ini Hampir Undang Kemalangan
Bahaya betul lah pemandu macam ini.
Cover image via SAYS SeismikFollow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Sikap cuai dan tidak bertimbang rasa di jalan raya bukan sahaja membahayakan diri sendiri, malah boleh mengancam keselamatan pengguna lain
Itulah yang berlaku dalam satu insiden apabila rakaman dashcam memaparkan tindakan seorang pemandu yang menukar lorong secara mengejut tanpa memberi sebarang isyarat, hanya kerana ingin memintas trafik di lorong sebelah.
Tindakan berbahaya itu hampir mencetuskan kemalangan, dan boleh saja meragut nyawa jika pemandu di belakang gagal membrek tepat pada masanya.

Mujur sempat elak, jika tidak mungkin berlaku nahas
Menerusi sebuah video dashcam yang dikongsikan kepada SEISMIK, seorang wanita yang dikenali sebagai Sara memberitahu ketika itu dia sedang melalui di Jalan Pengkalan Chepa, Kota Bahru, Kelantan.
Difahamkan, kejadian berlaku ketika pemandu yang merakam insiden tersebut sedang memperlahankan kenderaan dan bersiap sedia untuk berhenti di kawasan lampu isyarat.
Namun secara tiba-tiba, sebuah kereta Perodua Alza yang berada di lorong sebelah dengan selamba menukar lorong secara mengejut tanpa sebarang isyarat.
Tindakan itu membuatkan wanita berkenaan terpaksa menekan brek dan mengelak secara mendadak, bagi mengelakkan pelanggaran.
Lebih membimbangkan, insiden itu turut mengejutkan seorang penunggang motosikal yang berada di belakang, yang jelas kelihatan memperlahankan kenderaan dengan pantas bagi mengelak rempuhan dari belakang.
Lihat video di bawah:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



