[VIDEO] Rider Terhantuk Palang Tol Lepas Salah Guna Laluan Di Lorong Kenderaan Berat

Bahaya betul, nasib baik tak cedera. Haih!

Enlarge text
Cover Image
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Baru-baru ini, tular sebuah video rakaman dashcam yang dikongsi di TikTok oleh pengguna @shahirazmi02 mencuri perhatian ramai

Rakaman berdurasi 30 saat itu menunjukkan seorang penunggang motosikal berkuasa tinggi menunggu di lorong khas untuk kenderaan berat di sebuah plaza tol.

Apa yang mengejutkan, bukan seorang tetapi dua penunggang motosikal dilihat berada di lorong tersebut. Salah seorang daripadanya berada di blind spot pemandu kenderaan pemilik dashcam.

SAYS.com
Image via @shahirazmi02 (TikTok)

Keadaan menjadi bahaya apabila salah seorang penunggang berada terlalu hampir dengan lori tersebut sehingga sukar dilihat oleh pemandunya

Apabila lori treler di hadapan mereka bergerak, kedua-dua rider berkenaan turut menggerakkan motosikal masing-masing.

Selepas melepasi kenderaan berat itu, penunggang terbabit cuba melalui palang tol. Namun, palang yang turun semula terkena kepalanya hingga menyebabkan ia menjadi senget.

Kemudian, seorang pengawal keselamatan datang membetulkan palang tersebut. Menurut pemilik rakaman, insiden tersebut berlaku sekitar jam 10.21 pagi pada 20 Ogos lalu.

SAYS.com
Image via @shahirazmi02 (TikTok)Image via

Lihat video di bawah:

@shahirazmi02

lorong moto ada xmaw guna,menyusahkan org betoi larh..kan dah kena ketok kepala ngan palang🤣🤣🤣..#abgkontenautara🚛 #rezekijalanan #budakperlis💛💙

♬ bunyi asal – koboiborneo – koboiborneo

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik