[VIDEO] “Rasa Tak Sedap Hati Bilik No. 3” – Petugas Klinik Dedah Detik Seram Sebelum Closing

Beberapa fail dan kertas yang tersusun di atas almari tiba-tiba jatuh dengan sendiri.

Enlarge text
Cover ImageCover image via @chormuss (TikTok)
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Apa yang sepatutnya jadi rutin biasa menutup klinik bertukar jadi detik yang sukar dilupakan bagi tiga petugas perubatan di sebuah premis kesihatan baru-baru ini

Insiden itu dilaporkan berlaku di sebuah klinik kesihatan ketika para petugas sedang melakukan tugasan terakhir sebelum pulang dengan menyusun fail, menutup lampu, dan mengunci pintu premis seperti biasa.

Namun, ketenangan malam tersebut tiba-tiba berubah apabila salah seorang daripada mereka mendakwa terasa lengannya ditarik kuat oleh 'sesuatu' yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar.

SAYS.com
Image via @chormuss (TikTok)

Dapat rasa bilik nombor 3 'ada sesuatu' menyeramkan, nampak ada barangan jatuh sendiri

Menerusi video yang dimuat naik di TikTok @Chormuss, insiden menyeramkan itu berlaku ketika mereka sedang melakukan pemeriksaan rutin ke atas setiap bilik di dalam klinik sebelum pulang.

Seperti biasa, mereka memastikan semua lampu ditutup, suis dimatikan dan pintu-pintu dikunci bagi tujuan keselamatan.

Namun, ketika sedang meutup bilik nombor tiga, suasana tiba-tiba menjadi sunyi dan 'berat' seolah-olah ada sesuatu yang sedang memerhati dari kejauhan.

Pemilik video memberitahu salah seorang petugas mendakwa merasa lengannya seperti direntap kuat oleh entiti yang tidak kelihatan ketika menutup bilik berkenaan, menyebabkan dia terkejut dan segera memanggil rakan-rakan lain.

"Selepas selesai tugas, kami dalam perjalanan nak balik dan sedang 'closing' klinik. Seorang kawan saya cari kunci tapi tak jumpa. Saya suruh dia cari dalam bilik nombor tiga.

"Dia masuk dan terus cakap rasa tak sedap hati. Tiba-tiba depan mata saya, lengannya sebelah kanan direntap kuat. Dia terus kunci bilik tu dan lari ke arah saya," katanya.

Mereka juga kedengaran membaca istighfar berulang kali dalam keadaan panik, sejurus insiden aneh itu berlaku.

Apa yang lebih mengejutkan, rakaman tersebut juga memperlihatkan beberapa fail dan kertas yang tersusun di atas almari tiba-tiba jatuh dengan sendiri, tanpa disentuh oleh sesiapa.

Insiden tersebut nyata mencetuskan rasa takut dalam kalangan petugas, sehingga mereka mengambil keputusan untuk segera meninggalkan bangunan demi keselamatan.

Lihat video itu di bawah:

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik