[VIDEO] Persis Wira Negara, Ketibaan Guru Baharu Di Sekolah Pedalaman Disambut Meriah
Comel je murid-murid tunggu kedatangan guru mereka.
Cover image via @tokngulukherol (TikTok)Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Ketibaan seorang guru baharu di Sekolah Kebangsaan Nanga Telawan, sebuah sekolah pedalaman di Belaga, Sarawak, mencuri perhatian ramai
Ia selepas tular warga sekolah berkenaan menyambutnya dengan penuh mesra di jeti.
Momen itu dimuat naik ke media sosial, memperlihatkan bagaimana komuniti di kawasan pedalaman masih mengekalkan semangat kekitaan yang kuat.

Guru disambut meriah oleh murid-murid dan guru
Satu rakaman video yang dimuat naik oleh seorang guru dengan nama pengguna Tok Ngulu di platform TikTok telah menarik perhatian ramai dan menyentuh hati warganet.
Video tersebut memaparkan suasana meriah dan penuh semangat di sebuah jeti, di mana seluruh warga sekolah termasuk guru-guru dan murid-murid telah berkumpul untuk menantikan ketibaan seorang guru baharu.
Ketibaan guru baharu itu menjadi tumpuan apabila sebuah bot dilihat perlahan-lahan merapat ke tepi jeti.
Sejurus sahaja bot itu berlabuh, guru baharu tersebut melangkah keluar dan disambut dengan mesra oleh warga sekolah.
Semangat kerjasama turut terserlah apabila bukan sahaja guru-guru lelaki, malah pengendali bot juga dilihat turut serta membantu memunggah dan mengangkat barangan peribadi milik guru baharu itu dari bot.
Video ringkas yang disertakan dengan kapsyen pendek "Menyambut kedatangan guru baharu" oleh Tok Ngulu itu.
Hantaran tersebut bukan sahaja mendapat pelbagai reaksi positif, malah ramai warganet yang meluahkan rasa kagum terhadap keikhlasan dan kesungguhan warga sekolah berkenaan dalam menyambut kedatangan ahli baharu ke komuniti pendidikan mereka.





Lihat video di bawah:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



