[VIDEO] Penyewa Selamba Cabut Pintu, Tingkap & Bumbung Lepas Setahun Menyewa
Pening kepala owner rumah dapat penyewa macam ini.
Cover image via @tkpmedan (Instagram)Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Rumah sewa sering menjadi pilihan utama, terutamanya bagi golongan muda, pasangan baru berkahwin atau individu yang baru berhijrah ke bandar untuk bekerja
Dengan kos pemilikan rumah yang semakin meningkat, menyewa menjadi alternatif yang lebih fleksibel dan mampu milik.
Namun begitu, proses mencari rumah sewa yang sesuai dari segi lokasi, bajet dan kemudahan bukanlah sesuatu yang mudah.
Banyak perkara perlu dipertimbangkan agar keputusan yang dibuat tidak mendatangkan penyesalan di kemudian hari.
Baru-baru ini, tular sebuah video memaparkan pemilik rumah berkongsi keadaan rumah yang disewakan kepada individu yang menjadi mimpi ngeri buatnya.

Terkejut tengok penyewa bawa lari pintu, tingkap dan bumbung
Menerusi video di akaun @tkpmedan, seorang lelaki dari Deli Serdang, Sumatera Utara, Indonesia berkongsi keadaan rumahnya yang menyedihkan kini hanya tinggal tembok bata, selepas disewa kepada individu yang dipercayai melarikan semua kelengkapan rumah.
Dalam video berkenaan, lelaki itu menunjukkan keadaan terkini rumahnya yang terletak di Jalan Cempaka Indah, Gg Bahrum No. 23A, Desa Bandar Khalifah, Kecamatan Percut Sei Tuan kini hanya tinggal dinding tanpa sebarang pintu, tingkap, atau atap.

"Rumah ini kita beli dengan harga Rp150 juta. Penyewa tinggal di sini selama setahun dengan bayaran sewa Rp5 juta. Bulan 7 ini sepatutnya tamat tempoh, tapi bila kami datang tengok semua dah hilang. Pintu, tingkap, seng bumbung semua dia angkut. Yang tinggal hanya batu bata," katanya.
Lebih mengejutkan, keseluruhan struktur rumah seperti bumbung, rangka pintu dan tingkap turut ditanggalkan dan dibawa pergi, seolah-olah rumah tersebut dileraikan satu persatu sehingga hanya tinggal struktur tembok bahagian hadapan, tengah dan belakang, serta sambungan elektrik sahaja.
Insiden ini wajar dijadikan peringatan serius kepada para pemilik rumah sewa agar lebih teliti dalam memilih penyewa.
Lihat video di bawah:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



