[VIDEO] Penyeluk Saku ‘Kantoi’ Di Bukit Bintang, Wanita Rugi Lebih RM8,000 Ketika Melintas Jalan
Moga cepat kena tangkap!
Cover image via @fifiemarzuki9 (TikTok)Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Insiden penyeluk saku di kawasan tumpuan pelancong, Bukit Bintang, kembali mencuri perhatian selepas seorang wanita berkongsi pengalaman ahli keluarganya menjadi mangsa kecurian ketika melintas jalan dengan jumlah kerugian dianggarkan melebihi RM8,000
Menerusi perkongsian pengguna TikTok @fifiemarzuki9, kejadian itu berlaku di kawasan lampu isyarat Bukit Bintang, ketika orang ramai sedang bersesak untuk menyeberangi jalan.
Dalam rakaman berdurasi 10 saat itu, kelihatan seorang lelaki tidak dikenali mendekati mangsa dari belakang sebelum tangannya pantas 'bekerja' di celah kerumunan orang.

Video tersebut kini tular di TikTok dengan 57,000 tanda suka dan lebih 36,000 perkongsian, selain dihujani komen simpati serta amaran daripada netizen agar lebih berhati-hati ketika berada di kawasan tumpuan pelancong itu
"Tolong share ramai-ramai orang ni, area Bukit Bintang berhadapan dgn trafik light Lot 10. Jumlah kerugian RM8200, dalam wallet ada 3200 cash dan 2 dinar shiling. Semoga orang ni kena tangkap secepat mungkin. Sebarang info sila hubung Balai Police Dang Wangi," tulisnya.
Lihat video di bawah:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



