[VIDEO] Pengantin Berbangsa India Pilih Buat Majlis Kahwin Tema Adat Melayu – “Ini Impian Ibu Saya”
Ini baru rare!
Cover image via @thamayanthi._ (TikTok)Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Baru-baru ini, sebuah majlis kahwin pasangan pengantin India mencuri perhatian ramai kerana ia bertemakan adat Melayu
Menerusi video yang dimuat naik oleh @thamayanthi._ di TikTok, kelihatan pasangan pengantin itu diiringi kumpulan kompang sebelum berarak masuk ke dewan dan duduk di pelamin.
Suasana majlis kahwin itu disambut dengan penuh meriah oleh para tetamu. Malah, pasangan pengantin dilihat turut memakai busana songket berwarna kelabu.


Rupa-rupanya ibu pengantin wanita sendiri yang inginkan majlis resepsi ikut adat Melayu
Bercakap kepada SEISMIK, pengantin perempuan yang dikenali sebagai Tharagai, 25, berkata ibunya memang sudah lama mengimpikan majlis kahwin bertemakan adat Melayu.
"Pihak kami adalah sebelah pengantin perempuan. Majlis perkahwinan berlangsung di Klang, manakala majlis resepsi diadakan di Centrac Boutique Hall, Ipoh pada 31 Ogos 2025.
"30 tahun yang lalu sebelum berkahwin, ibu saya sudah berpesan kepada ayah, bila anak-anak berkahwin nanti, temanya mestilah adat Melayu.
"Ayah tidak pernah membantah, pengantin lelaki juga tiada halangan. Hari ini impian ibu benar-benar menjadi kenyataan. Saat pengantin perempuan dan lelaki diiringi dengan kompang, semua tetamu terkejut dan terharu," katanya.


Lihat video penuh di bawah:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



