Video Pengantin Ala K-Drama Ini Buat Ramai Terpegun – “Bila Client Request Lagu Korea”
Memang nampak macam K-drama lah, sweet!
Cover image via @saakuwu (TikTok)Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Memandangkan perkahwinan hanya sekali seumur hidup, sudah tentu setiap pasangan pengantin menginginkan video kahwin mereka memorable dan untuk disimpan sebagai kenangan bersama
Seperti sebuah video yang tular baru-baru ini di TikTok memaparkan rakaman candid ketika majlis pernikahan sepasang pengantin baharu telah mencuri tumpuan ramai.
Menerusi video yang dikongsi sendiri oleh videographer pasangan itu, difahamkan pengantin meminta video nikah mereka disunting dengan lagu Korea untuk wujudkan vibes ala-ala K-drama.



Apa yang menarik, ternyata lagu Korea yang dipilih sesuai dengan video nikah itu yang kelihatan sangat comel
Malah, idea videographer yang meletakkan rakaman candid ahli keluarga pengantin membuatkan suasana majlis itu lagi meriah dan mencipta kenangan indah buat mereka sekeluarga.
Tinjauan di ruangan komen mendapati netizen turut jatuh hati dengan suntingan video tersebut. Malah, ada yang berpendapat sebenarnya video seperti itu lebih baik dan nampak natural.




Lihat video penuh di bawah:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



