[VIDEO] Penangan Bantuan SARA, Makanan Sejuk Beku Jadi Rebutan Sampai ‘Sold Out’

Habis licin ya.

Enlarge text
Cover ImageCover image via @donnaling96 (TikTok)
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Susulan keputusan kerajaan menyenaraikan makanan sejuk beku sebagai kategori tambahan di bawah program Sumbangan Asas Rahmah (SARA), pasaran domestik menyaksikan lonjakan permintaan yang luar biasa bagi produk tersebut

Dalam tempoh hanya dua hari selepas pengumuman rasmi dibuat, stok barangan keperluan seperti sosej, nuget, dan bebola daging di beberapa buah pasar raya serta premis runcit terpilih dilaporkan telah habis sepenuhnya.

SAYS.com
Image via @donnaling96 (TikTok)

Stok makanan sejuk beku habis 'licin' di pasar raya

Fenomena ini mula mendapat perhatian ramai selepas tularnya perkongsian daripada seorang pengguna di akaun media sosial TikTok @donnaling96, yang memaparkan ruangan peti simpanan makanan sejuk beku di sebuah pasar raya terkemuka kini berada dalam keadaan kosong.

Situasi tersebut mencerminkan tindakan pantas para penerima manfaat dalam memanfaatkan kredit bantuan berjumlah RM100 yang disalurkan secara terus ke dalam MyKad mereka.

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen memberikan reaksi positif.

"Serius memang okay weh SARA ni. Cheese cream yang mahal semua boleh guna kot. Cream cheese pun boleh butter aku beli golden churn weh semalam. Memang berbaloi, dengan sosej mini tu. Kalau guna duit sendiri 10 x pikir nak amik," katanya.

Sementara itu, terdapat juga netizen lain yang memuji inisiatif berkenaan dan menyifatkannya sebagai berbaloi serta membantu, terutama apabila melibatkan barangan yang biasanya dibeli pada harga lebih tinggi.

Lihat video di bawah:

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik