[VIDEO] Pemandu Jadi Mangsa Jalan Berlubang, Rim Pecah & Tayar Bocor Di Jalan Gua Musang

Jalan rosak teruk punca banyak kenderaan alami rim pecah dan tayar bocor baru-baru ini.

Enlarge text
Cover ImageCover image via @yieagrotech30 (TikTok)
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Isu kerosakan jalan di Taman Wangi, Gua Musang, Kelantan semakin membimbangkan apabila banyak kenderaan dilaporkan mengalami kerosakan serius seperti rim pecah dan tayar bocor

Menurut dakwaan penduduk serta pengguna tetap, kehadiran lubang besar dan permukaan jalan yang bergelombang amat sukar dikesan.

Ia terutamanya ketika hari hujan atau pada waktu malam, sekali gus mengundang bahaya kepada keselamatan mereka.

SAYS.com
Image via @yieagrotech30 (TikTok)

Kereta alami kerosakan teruk

Seorang pengguna TikTok @Yieagrotech30 memuat naik gambar deretan kenderaan yang mengalami kerosakan rim dalam tempoh satu malam sahaja.

"Mohon pihak berwajib agar mengambil perhatian serius terhadap isu ini. Kasihan kepada para pengguna yang melalui jalan ini, terutamanya ketika air hujan bertakung dan pada waktu malam yang gelap," tulisnya.

SAYS.com
Image via @yieagrotech30 (TikTok)

Memetik laporan Kosmo!, ADUN Galas, Mohd Syahbuddin Hashim mendedahkan bahawa masalah ini telah berlarutan bertahun-tahun tanpa penyelesaian kekal.

Beliau menyifatkan kerosakan tersebut sebagai "kitaran berulang" kerana jalan hanya ditampal sementara sebelum rosak semula.

Walaupun pelbagai usaha dilakukan termasuk menghantar surat kepada Timbalan Menteri dan Menteri Kerja Raya sejak Ogos lalu, proses kelulusan kontraktor baharu mengambil masa yang lama.

Beliau yang merasa terkilan dengan kerugian yang terpaksa ditanggung pengguna memaklumkan bahawa kelulusan pembaikan akhirnya diperoleh Rabu lalu dan berharap tindakan segera dapat diambil.

Lihat video di bawah:

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik