[VIDEO] Pelanggan Pemurah, Rider Terkejut Terima Banyak Tip Kepingan Wang RM100

Banyaknya dia dapat tip!

Enlarge text
Cover ImageCover image via @rafy_axl (TikTok)
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Menjadi penghantar makanan adalah antara kerjaya yang paling mencabar dan berisiko tinggi dalam ekonomi gig hari ini

Setiap hari, para rider berdepan dengan pelbagai ancaman, bermula daripada risiko kemalangan jalan raya sehinggalah kepada kerenah pelanggan yang tidak menentu.

Di sebalik cabaran fizikal dan mental yang menuntut kesabaran tinggi ini.

Namun, baru-baru ini tular apabila seorang rider dikejutkan dengan kemurahan hati seorang pelanggan yang menghadiahkan tip berkeping-keping wang RM100.

SAYS.com
Image via @rafy_axl (TikTok)

Terkejut bila sedar terima tip hampir RM1,000

Menerusi sebuah video yang tular di TikTok, Rafiuddin berkongsi momen luar biasa itu semasa dia menghantar makanan di sebuah kawasan perumahan elit di tengah ibu kota, Kuala Lumpur.

Kejadian bermula apabila dia bertemu dengan pelanggannya, seorang lelaki warga asing yang mesra dipanggil Brandon.

Namun, apa yang membuatkan netizen terbeliak mata adalah apabila lelaki tersebut menghulurkan bukan sekadar sekeping dua, tetapi berkeping-keping wang kertas RM100 sebagai tip.

Momen tersebut mengundang pelbagai reaksi daripada netizen yang turut teruja melakukan 'kiraan digital'.

Jika diperhatikan pada helaian wang yang bertukar tangan, pemberian ikhlas itu dianggarkan mencecah sehingga RM1,000.

Lihat video di bawah:

@rafy_axl

Rezeki tak salah alamat… Alhamdulillah tips paling besar pernah dapat sepanjang buat grabfood.. #grabfood #rezeki #hustle #kualalumpur #insta360

♬ original sound – Muhamad Rafiuddin – Muhamad Rafiuddin

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik