[VIDEO] Pelancong Malaysia ‘Nego’ Harga Baju Dari RM450 Dapat RM250 – “Power Of Cakap Cina”
Banyak tu dapat kurang.
Cover image via @fat_deadpoool (Threads)Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Baru-baru ini, tular sebuah video memaparkan seorang pelancong Malaysia yang dipercayai bercuti di China berjaya menawar baju dengan harga yang murah
Menerusi video yang dikongsi oleh pengguna di laman Threads, @fat_deadpoool, lelaki itu ingin membeli beberapa helai baju T-shirt di sebuah kedai semasa dia sedang melancong di China.
Apa yang menarik, lelaki tersebut pada mulanya bertutur Bahasa Inggeris dan meminta harga murah untuk tiga helai baju.
Tetapi, peniaga terbabit tidak mahu bertoleransi dan berkeras memberikan harga RM450 untuk ketiga-tiga helai baju berkenaan.

Bila cakap Cina baru nak bagi harga murah
Namun begitu, apabila dia mula bertutur bahasa Cina dan berkata dia pernah mendapatkan harga murah sebelum ini dengan hanya RM250, peniaga tersebut akhirnya setuju untuk memberikan harga yang sama kepadanya.
"Kau memang power bang, dari 450 terus jadi 250. The power of kecek cino hahah," katanya.


Lihat video di bawah:
View on Threads
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



