[VIDEO] Pasangan Kahwin Campur Meriahkan Majlis Dengan Gabungan Tarian Singa & Kompang
Sungguh indah sekali!
Cover image via @eventhallbydiva (TikTok)Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Majlis perkahwinan sememangnya menjadi hari penuh bermakna buat setiap pasangan dan ada yang memilih untuk meraikannya dengan cara tersendiri agar lebih istimewa
Baru-baru ini, tular sebuah majlis kahwin campur yang mencuri perhatian apabila pasangan pengantin memilih untuk meraikan hari bahagia mereka dengan cara cukup unik dan penuh simbolik.
Menggabungkan tarian singa yang sinonim dengan budaya Cina bersama paluan kompang yang menjadi tradisi Melayu, suasana majlis itu menjadi lebih meriah dan berwarna-warni.

Gabungan budaya Cina dan Melayu dalam majlis
Menerusi video di akaun TikTok @eventhallbydiva, majlis resepsi pasangan kacukan ini mencuri perhatian warganet apabila menampilkan semangat 1 Malaysia dengan gabungan persembahan tarian singa dan kompang di bawah satu bumbung.
Pasangan pengantin baharu itu tampil anggun dalam busana tradisional Cina, sementara dewan bergema dengan paluan kompang yang mengiringi persembahan tarian singa di kiri dan kanan pelamin, menambah meriah suasana.
Perkahwinan mereka bukan sekadar meraikan cinta, tetapi turut melambangkan penyatuan dua budaya yang berpadu indah, menjadi simbol keharmonian yang diraikan bersama.
Lihat video di bawah:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



