[VIDEO] Oyen Kantoi Curi Selipar Jiran, Siap Bawa Balik Rumah Macam Trofi
Oyen buat hal lagi.
Cover image via @aniedarus70 (TikTok)Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Pelbagai telatah kucing kita boleh lihat perkongsian di media sosial
Terutamanya kucing, 'Oyen' yang memang terkenal dengan aksi spontan dan penuh kejutan.
Terbaharu, seekor kucing oren sekali lagi mencuri perhatian netizen selepas tular rakaman gelagatnya mencuri selipar jiran-jiran sebelum membawanya pulang ke rumah seolah-olah ia adalah 'trofi' kemenangan.

Jiran berkumpul 'siasat' Oyen
Menerusi perkongsian di akaun TikTok @aniedarus70, seorang wanita berkongsi gelagat lucu kucing peliharaannya yang 'kantoi' mencuri selipar milik jiran-jiran.
Lebih mencuit hati, Oyen bukan sekadar mencuri, malah dia mengumpul hasil 'tangkapan' tersebut di dalam kawasan rumah seolah-olah membina koleksi peribadi.
Difahamkan, ini bukan kali pertama Oyen beraksi sebegitu. Malah, kejadian serupa pernah berlaku sebelum ini, menyebabkan jiran-jiran terpaksa datang ke rumahnya untuk menuntut kembali selipar masing-masing.
Dalam video tular tersebut, dapat dilihat Oyen sedang 'disoal siasat' oleh tuannya, namun ekspresi 'tak bersalah' yang ditunjukkannya membuatkan ramai yang terhibur.
Lihat video di bawah:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



