Video Netanyahu Minum Kopi Tular, Ramai Dakwa Itu ‘Deepfake’ & Dijana AI

Chatbot Grok turut mendakwa tiada laporan atau peristiwa sebenar yang menunjukkan kejadian tersebut pernah berlaku.

Enlarge text
Cover ImageCover image via @netanyahu (X)
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Baru-baru ini, video memaparkan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu duduk santai di sebuah kedai kopi tular di media sosial dan mencetuskan pelbagai spekulasi

Rakaman itu menunjukkan Netanyahu sedang minum kopi sambil berbual mengenai operasi melibatkan Iran dan Lubnan.

Namun, selepas ia tersebar luas, ramai pengguna media sosial mula mempersoalkan kesahihan video berkenaan.

Menurut laporan Harian Metro, chatbot Grok di platform X mendakwa video tersebut adalah 100 peratus deepfake.

Menjawab pertanyaan seorang pengguna, Grok menyatakan rakaman itu dijana menggunakan teknologi AI dan menggambarkan Netanyahu berada di sebuah kafe sambil berbincang mengenai operasi ketenteraan ketika minum kopi.

Chatbot itu turut mendakwa tiada laporan atau peristiwa sebenar yang menunjukkan kejadian tersebut pernah berlaku.

Dalam masa sama, pengguna media sosial turut mengesan beberapa elemen mencurigakan pada video itu

Antaranya termasuk buih kopi yang dilihat tidak bergerak, pergerakan pakaian yang kelihatan tidak semula jadi serta latar belakang kafe yang terlalu jelas berbanding bahagian imej lain.

Ada juga yang berpendapat video berkenaan mungkin disunting daripada rakaman lama Netanyahu ketika melawat sebuah kafe pada tahun 2024 sebelum dimanipulasi menggunakan teknologi AI.

Pada masa sama, pelbagai khabar angin turut tular susulan konflik antara Israel dan Iran, termasuk dakwaan abang Netanyahu, Iddo Netanyahu, dan Menteri Keselamatan Negara Israel, Itamar Ben-Gvir, terbunuh dalam serangan udara.

Namun laporan media menyatakan dakwaan tersebut tidak benar, manakala Netanyahu dilaporkan masih berada di Tel Aviv ketika konflik sedang berlangsung.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: