[VIDEO] Mat Salleh Ini Terkejut, Tiba-Tiba Terima Duit Raya Dari Budak Baik Hati

Baik hati betul ya budak-budak ini.

Enlarge text
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Sambutan Hari Raya tidak lengkap rasanya tanpa pemberian duit raya. Amalan ini sudah menjadi adat dalam masyarakat kita sejak berzaman lagi

Malah ia dianggap sebagai satu bentuk sedekah yang diberikan mengikut kemampuan masing-masing.

Tradisi ini bukan sahaja menggembirakan kanak-kanak, malah turut menjadi simbol kasih sayang dan perkongsian rezeki dalam kalangan masyarakat.

Menariknya, amalan ini juga mampu mencipta momen manis apabila dikongsi dengan orang luar yang tidak biasa dengan budaya tersebut.

SAYS.com
Image via @smilewithscotty (TikTok)

Beri sampul raya berisi RM2

Baru-baru ini, tular sebuah video di akaun TikTok @smilewithscotty, memaparkan seorang pelancong asing berkongsi pengalaman unik ketika berada di sebuah perkampungan di Malaysia. Menerusi video tersebut, dia dilihat sedang berjalan sebelum didatangi tiga orang budak lelaki.

Tanpa diduga, kanak-kanak tersebut menghulurkan sampul duit raya kepadanya. Pelancong itu kemudian membuka sampul berkenaan dan mendapati terdapat wang sebanyak RM2 di dalamnya.

Walaupun jumlahnya kecil, reaksi lelaki tersebut jelas menunjukkan rasa gembira dan terharu. Dia turut mengucapkan terima kasih kepada kanak-kanak berkenaan atas pemberian tersebut.

Perkongsian itu sekali gus mencuri perhatian ramai warganet yang tersentuh melihat keikhlasan kanak-kanak tersebut. Ia juga membuktikan bahawa nilai sebenar duit raya bukan terletak pada jumlahnya, tetapi pada keikhlasan memberi dan kegembiraan yang dikongsi bersama.

SAYS.com
Image via @smilewithscotty (TikTok)

Lihat video di bawah:

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik