[VIDEO] Mat Salleh Di UK Jadi Peminat Tegar Proton, Kongsi Simpan Koleksi Klasik

Proton mendoniaaa!

Enlarge text
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Siapa sangka, kereta jenama negara bukan sekadar menambat hati rakyat tempatan, malah telah menembusi sempadan hingga menjadi kegilaan peminat automotif dari luar negara

Dari jalan raya kampung hingga ke lebuh raya antarabangsa, nama Proton terus mengaum dan mencipta fenomena yang membuktikan bahawa buatan Malaysia mampu berdiri megah di mata dunia.

Tidak hairanlah, di luar negara wujud komuniti khas yang menghimpunkan peminat tegar Proton dan Perodua di luar negara.

Mereka bukan sekadar mengumpul, malah menjaga rapi model-model lama sehingga kekal berkilau, bahkan terus dipandu setiap hari seolah-olah masih baharu keluar dari kilang.

Baru-baru ini, seorang lelaki dari Lincolnshire, United Kingdom, tampil berkongsi mengenai koleksi Proton miliknya dan deretan kereta yang bukan sahaja dipamerkan, tetapi turut dijual, menjadi bukti nyata jenama Malaysia masih berbisa di bumi asing.

SAYS.com
Image via @joncouplandcars (TikTok)

Kereta-kereta dibawa untuk menjalani ujian di Kementerian Pengangkutan (MOT)

Menerusi akaun TikTok Jon Coupland Cars, lelaki dari Lincolnshire itu dikenali sebagai pemilik sebuah perniagaan jual beli kereta terpakai.

Namun, apa yang lebih menarik, dia sebenarnya seorang pencinta tegar jenama Proton.

Di dalam video, Jon dilihat berdiri di hadapan deretan kereta Proton sambil berkongsi bahawa kesemuanya bakal dibawa menjalani ujian di Kementerian Pengangkutan (MOT).

Ia adalah salah satu syarat wajib di United Kingdom bagi memastikan kenderaan berusia lebih tiga tahun benar-benar selamat dan layak berada di jalan raya.

SAYS.com
Image via @joncouplandcars (TikTok)Image via

"Belakang saya ini hanyalah sebahagian daripada koleksi Proton saya. Ya, saya sangat suka kereta Proton. Seperti yang anda boleh lihat, ada tiga buah kereta Proton yang sangat berbeza. Kenapa semuanya dikeluarkan hari ini?.

" Sebenarnya, semuanya akan dibawa untuk menjalani ujian MOT. Dua daripadanya sudah lama tidak digunakan, hampir setahun iaitu Proton Impian dan Satria.

"Satu lagi adalah kereta istimewa saya, Proton Black Knight," katanya penuh teruja.

Menurut Jon, ketiga-tiga kereta itu diuji pada hari yang sama, manakala video penuh berkaitan proses tersebut bakal dimuat naik di saluran YouTube miliknya.

Malah, dia turut berkongsi ulasan pemanduan ketika membawa kereta berkenaan, lengkap dengan pandangan peribadinya. Dia juga berkongsi hasil kerja restorasi dan pembersihan kereta-kereta Proton miliknya.

Lihat video-video di bawah:

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
MOST READ
0

Category of interest