Majlis Bahagia Bertukar Duka, Ayah Pengantin Lelaki Meninggal Dunia Di Hari Persandingan
Takziah buat seluruh ahli keluarga pengantin.
Cover image via @fotorasi (TikTok)Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Hari persandingan sentiasa menjadi momen paling dinanti dalam hidup setiap pasangan pengantin
Bagi pengantin, inilah hari kemuncak yang menandakan bermulanya fasa baharu dalam kehidupan berumah tangga.
Segala penat lelah membuat persiapan daripada memilih busana, menempah pelamin, hingga ke soal jamuan tetamu dan akhirnya terbalas apabila melihat suasana majlis dipenuhi dengan senyuman, doa restu dan ucapan tahniah daripada ahli keluarga serta rakan-rakan.
Namun, kemeriahan sebuah majlis perkahwinan yang sepatutnya dipenuhi dengan gelak tawa dan doa restu bertukar pilu apabila pengantin menerima berita bahawa ayahnya meninggal dunia ketika majlis persandingan masih berlangsung.

Ayahanda pengantin lelaki pergi buat selamanya di majlis persandingan
Momen menyayat hati ketika majlis persandingan bertukar sebak tular di TikTok selepas dikongsikan oleh akaun @Fotorasi, yang memaparkan suasana hening dipenuhi tangisan ahli keluarga dan tetamu.
"Majlis bertukar berduka, ajal maut di tangan Tuhan. Semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang beriman. Sama-sama kita sedekahkan al-Fatihah," tulis kapsyen video tersebut.
Perkongsian itu nyata menyentuh hati orang ramai, dengan ruangan komen dibanjiri ucapan takziah serta kisah pahit netizen yang pernah berdepan kehilangan insan tersayang pada hari bahagia mereka sendiri.
Video berkenaan terus mengundang rasa simpati luas, apabila ramai yang menitipkan doa agar keluarga pengantin kekal tabah menghadapi ujian berat ini, sambil berharap mereka diberi kekuatan untuk meneruskan kehidupan.
Lihat video di bawah:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



