[VIDEO] Majlis Akad Nikah Pengantin Tular, Terima Mas Kahwin 88 Gram Emas
Beruntung isteri dia!
Cover image via @sya.zwinn (TikTok)Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Baru-baru ini, tular di TikTok satu video memaparkan momen akad nikah pasangan pengantin, Farisya Azwin dan suami, Aiman, yang berlangsung di Masjid Sri Sendayan, Negeri Sembilan
Namun, bukan sahaja majlis yang cantik dan meriah mencuri tumpuan, tetapi jumlah mas kahwin yang diberikan oleh pengantin lelaki kepada pasangannya menjadi topik hangat netizen.
Menerusi video yang dikongsikan, Farisya menerima mas kahwin berupa emas seberat 88 gram daripada suaminya.


Di ruangan komen, ramai warganet pantas membuat kiraan dan menganggarkan nilai emas tersebut mencecah sekitar RM45,000, bergantung kepada harga emas semasa
Ada yang terkejut dan teruja, malah tidak kurang juga yang kagum melihat pemberian itu. Ramai menganggap ia sebagai simbol kesungguhan seorang suami dalam menghargai pasangannya.
Antara komen netizen di TikTok:



Lihat video di atas:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

MOST READ


