[VIDEO] Lepas Menu Sate ‘Laku Keras’, Giliran Nasi Lemak Malaysia Pula Diserbu Di China
Nasi lemak pula jadi rebutan.

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Selepas sate berjaya memikat selera masyarakat China, kini nasi lemak pula menjadi fenomena baharu yang semakin digilai rakyat di sana
Hidangan ikonik Malaysia yang lengkap dengan sambal pedas, ikan bilis rangup, kacang tanah, timun, telur rebus dan nasi beraroma santan itu kini mula mendapat tempat dalam pasaran negara tersebut.
Ia sekali gus mengangkat lagi populariti masakan tempatan di pentas antarabangsa yang menjadi pilihan ramai.

Ramai beratur serbu untuk dapatkan nasi lemak
Menerusi perkongsian video oleh pengguna TikTok, @sinwantz_, kelihatan gerai mereka dikerumuni penduduk tempatan di Nanjing, China yang teruja untuk merasai sendiri masakan Malaysia ketika berlangsungnya sebuah festival makanan di sana.
"Seumur hidup baru nak jumpa makanan Malaysia, macam ini lah gayanya," tulis kapsyen video berkenaan.
Malah ramai turut berbangga melihat keunikan hidangan negara kita diterima baik oleh warga China.
Sebelum ini, akaun sama pernah berkongsi pengalaman menjual sate hasil air tangan rakyat Malaysia.
Lebih menarik, tukang masak di gerai tersebut tampil lengkap dengan busana tradisional baju Melayu, sekali gus mencuri perhatian pengunjung yang tertarik untuk mencuba hidangan unik penuh cita rasa warisan itu.
Lihat video di bawah:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



