[VIDEO] Lelaki Terkejut Jumpa Pelembut Fabrik Wangian ‘Malaysia’ Di Arab Saudi
Ada ya bau Malaysia.
Cover image via @muhdamranazizanFollow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Malaysia sememangnya tidak dapat dinafikan lagi telah menjadi destinasi pilihan utama dalam kalangan pelancong antarabangsa kerana keunikan budaya dan keindahan alam semulajadinya
Populariti negara kita nampaknya kian melonjak naik sehingga mencetuskan fenomena unik di luar negara, khususnya di Timur Tengah.
Baru-baru ini, tular di media sosial mengenai sebuah produk pelembut fabrik yang dijual di pasaran Arab Saudi yang berjaya mencuri perhatian ramai.

Wangian 'bau Malaysia'
Berdasarkan sebuah video TikTok yang dimuat naik oleh @muhdamranazizan, seorang rakyat Malaysia yang menetap di Arab Saudi, beliau secara tidak sengaja menemui pelembut fabrik jenama Sarbex dengan varian 'Malaysia' ketika membeli-belah di Makkah Supermarket, Riyadh.
"Dua hari lepas saya pergi Makkah supermarket, Riyadh Arab Saudi dan jumpa satu benda pelik," tulisnya.
Menurutnya, produk tersebut mempunyai aroma yang sangat menyegarkan, menyamai suasana pagi yang tenang di tanah air.
Dia turut menambah bahawa bagi rakyat Malaysia yang menetap di sana, bauan tersebut sedikit sebanyak dapat mengubat perasaan rindu terhadap negara asal.
Perkongsian tersebut telah mengundang pelbagai reaksi daripada warga maya, dengan ada dalam kalangan pengguna TikTok sempat berseloroh mencadangkan agar lelaki itu membawa pulang dan menjual produk berkenaan di Malaysia.


