[VIDEO] Lelaki Terjah Kampung Orang Asli Dikecam Gara-Gara Tak Jaga Sensitiviti
Difahamkan, individu itu berjumpa dengan sekumpulan Orang Asli Bateq.
Cover image via ThreadsFollow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Baru-baru ini, tular sebuah video memaparkan seorang lelaki masuk ke sebuah kampung Orang Asli dan melihat cara mereka hidup di sana
Menerusi video tersebut, lelaki yang berpakaian kemeja merah dan seluar hitam itu dilihat cuba menegur beberapa orang kanak-kanak dan remaja dan mengajak mereka berbual.
Dia juga dilihat sempat menemu ramah Tok Batin di kampung tersebut dan belajar bahasa Orang Asli suku Bateq.
Namun begitu, tindakannya yang mengadu bau di sekitar kampung itu agak kuat dan cara pemakaiannya dikritik ramai kerana ia dikatakan kurang sesuai.


Dia berkata kebanyakan Orang Asli Bateq melihatnya dari jauh dan segan untuk keluar dari rumah.
Susulan tularnya video itu di laman Threads, netizen kurang setuju dengan tindakan lelaki tersebut yang datang secara tiba-tiba dan tidak berkomunikasi dengan cara betul.
Malah, ada yang berpendapat sekiranya dia ingin menjadi travel vlogger, dia seharusnya mempunyai ilmu dan belajar dahulu cara untuk mengenali Orang Asli dengan lebih selesa.



Antara komen netizen di laman Threads:





Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



