[VIDEO] Lelaki Kongsi Tip Elak ‘Watermark’ Pada Cermin Kereta Dengan Hanya Guna Kulit Nanas

Boleh cuba tips ini.

Enlarge text
Cover ImageCover image via @basriii53 (TikTok)
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Dunia media sosial kini menjadi lubuk pelbagai perkongsian kreatif, terutamanya melibatkan tip penjagaan kenderaan yang praktikal dan menjimatkan kos

Kebanyakan pemilik kereta sentiasa mencari alternatif yang lebih murah berbanding produk komersial, sehingga mencetuskan trend penggunaan bahan semula jadi yang sedia ada di rumah.

Terbaharu, seorang pengguna TikTok dikenali sebagai @basriii53 menarik perhatian ramai apabila berkongsi satu kaedah mudah untuk mendapatkan cermin kereta yang berkilat hanya dengan menggunakan kulit nanas.

SAYS.com
Image via @basriii53 (TikTok)

Kisar kulit nanas untuk hilangkan watermark pada cermin kereta

Menerusi video yang dimuat naik, beliau menunjukkan perbezaan jelas antara cermin yang dicuci menggunakan kulit nanas dan cermin yang tidak menggunakan bahan tersebut.

Hasilnya, bahagian yang dirawat dengan kulit nanas kelihatan lebih bersih dan bebas kesan tompokan air atau 'watermark'.

Menurutnya, cara yang digunakan sangat mudah. Kulit nanas hanya perlu dikisar terlebih dahulu sebelum dimasukkan ke dalam kain dan diikat kemas.

Kemudian, kain berisi kisaran kulit nanas itu diratakan secara perlahan-lahan pada permukaan cermin hadapan kereta.

Selepas dibilas atau dilap, cermin didakwa menjadi lebih jernih serta tidak meninggalkan kesan air yang melekat.

Perkongsian tersebut sekali gus mencetuskan perbincangan dalam kalangan netizen yang tertarik untuk mencuba kaedah alternatif berasaskan bahan semula jadi itu.

SAYS.com
Image via @basriii53 (TikTok)

Lihat video di bawah:

@basriii53

untuk dapatkan tips2 seterusnya boleh follow yaa #fyp #tips #2026 #fypシ゚viral #explore

♬ bunyi asal – basriii – basriii

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
MOST READ
0

Category of interest