[VIDEO] Lelaki Kongsi Cara Paling Mudah Tegur Pemandu Jalan Raya Buka Lampu Kenderaan
Cara tegur yang mudah.
Cover image via @driving4dummies (TikTok)Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Pernah tak anda rasa geram bila nampak pemandu lain lupa pasang lampu kereta, sama ada lampu siang atau lampu belakang waktu hujan lebat?
Situasi ini bukan sahaja membahayakan pemandu itu sendiri, malah boleh mengundang risiko kemalangan kepada pengguna jalan raya lain.
Namun, seorang lelaki baru-baru ini berkongsi satu cara mudah dan berhemah untuk menegur pemandu sebegini tanpa perlu marah atau mencetuskan konflik di jalan raya.

Buat isyarat untuk tegur pemandu jalan raya
Menerusi perkongsian video di akaun TikTok @driving4dummies, kelihatan seorang pemuda berkongsi pengalaman ketika berada di jalan raya.
Menurutnya, apabila masuk waktu senja, masih ramai pemandu yang terlupa menyalakan lampu kenderaan mereka, sekali gus tanpa sedar boleh membahayakan pengguna jalan raya lain.
Atas sebab itu, dia memilih untuk menegur dengan cara yang berhemah sama ada dengan memberi isyarat 'high beam' atau menggunakan isyarat tangan ketika menunggang motosikal.
Baginya, langkah kecil ini mampu menjadi peringatan agar pemandu lebih peka terhadap keadaan sekeliling dan mengutamakan keselamatan bersama.
Lihat video di bawah:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



