[VIDEO] Lelaki Jerit & Bertindak Kasar Pada Warga Emas Dikecam Ramai – “Biadap!”

Lelaki itu dilihat memaki hamun dan cuba untuk memukul pemandu tersebut.

Enlarge text
Cover Image
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kecoh baru-baru ini apabila tular tindakan seorang lelaki yang bersikap kasar dan agresif terhadap seorang warga emas

Ia selepas dipercayai individu itu menjadi punca kepada satu kemalangan jalan raya, telah mengundang kecaman hebat daripada orang ramai.

Rata-rata netizen menyifatkan perbuatan itu sebagai tidak berperikemanusiaan, apatah lagi melibatkan golongan berusia yang seharusnya dilayan dengan hormat, bukan dimarahi di tempat awam.

SAYS.com
Image via @fat_deadpoool (Threads)

Bertindak kasar dan cuba untuk 'tumbuk' warga emas

Menerusi video perkongsian di Threads, penunggang motosikal terbabit dilihat berang dan memarahi seorang warga emas yang masih berada di dalam kenderaannya selepas dipercayai terlibat dalam satu insiden kemalangan.

Lelaki itu kemudiannya menarik keluar kunci kereta sambil memaki hamun, bahkan turut mengangkat tangan seperti mahu memukul warga emas berkenaan.

Bagaimanapun, pemandu warga emas tersebut kelihatan langsung tidak melawan, malah wajahnya jelas dipenuhi ketakutan ketika dikepung bukan sahaja oleh penunggang motosikal itu, tetapi juga beberapa pengguna jalan raya lain.

Tindakan kasar lelaki itu dikecam ramai yang menganggap biadab.

Lihat video di bawah:

SAYS.com
Image via @fat_deadpoool (Threads)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik