[VIDEO] Lelaki Cina Kongsi & Jelaskan Adat Gali Semula Kubur Mendiang Keluarga
Secara tak langsung kita pun tahu dan boleh belajar tentang adat resam orang Cina.
Cover image via @kionzchan (TikTok)Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Baru-baru ini, tular sebuah video memaparkan seorang lelaki berbangsa Cina berkongsi momen ketika kubur mendiang ayahnya digali semula
Menerusi video berdurasi 2 minit 9 saat yang dimuat naik oleh @kionzchan di TikTok, lelaki itu menunjukkan proses dari kubur mendiang ayahnya digali semula, dimasukkan ke dalam kebuk pembakaran dan kemudian disemadikan di tempat baharu.
"Hari ini merupakan hari yang agak berat sebab kami terpaksa mengganggu keamanan beliau dan gali semula kubur beliau. Kenapa perkara ini harus dilakukan?
"Dalam kepercayaan Cina, sekiranya akar keluarga yang bermaksud tapak persemadian sama ada atuk nenek atau ibu bapa kita berlakunya apa-apa kekacauan, cucu-cicit tidak akan tenang dan banyak cabaran hidup," kongsinya.



Rangka mayat perlu dikeluarkan dan disemadikan di tempat baharu
"Tambahan pula dalam kes saya, ada situasi dan konflik yang kita mesti kena keluarkan dan semadikan ayah saya ke tempat yang lebih baik.
"Seperti yang dijangkakan, rangka ayah saya ditekan oleh papan keranda yang telah repuh dan disebabkan struktur perkuburan ini tidak seperti yang biasa. Ia menyebabkan rangka tulang ayah saya dibanjiri oleh air," katanya lagi.
Setelah selesai proses mengutip tulang rangka mendiang ayahnya, ia dimasukkan ke dala kebuk pembakaran yang menggunakan suhu pembakaran yang tinggi untuk keringkan tulang itu sepenuhnya.



Setelah selesai proses pembakaran tulang, ia akan dimasukkan ke dalam bekas khas
"Pihak bertugas menunjukkan keadaan mendiang yang baru kepada kami. Dengan jiwa yang lebih tenang selepas melihat keadaan ayah saya yang baru, kami sedia bertolak membawa ayah ke tempat persemadian yang baru.
"Dalam kepercayaan kebanyakan orang Cina, menjaga keamanan keluarga yang telah meninggal itu sangat-sangat penting. Tempat baru yang kami pilih lebih tenang keadaannya, terlindung bersih dan dijaga sentiasa. Kini kami percaya ayah lebih tenang dan kami pun rasa tenang dapat menjalankan tanggungjawab kita sebagai anak beliau" katanya lagi.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



