[VIDEO] Lelaki Bangladesh Ditahan Pihak Polis Lepas Didapati Selamba Masuk Tandas Wanita
Difahamkan, tiada wanita berada di dalam tandas semasa kejadian.
Cover image via FacebookFollow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Seorang lelaki warga Bangladesh telah ditahan oleh polis di Terminal Bas Kulai selepas didapati memasuki tandas wanita pada tengah hari Selasa
Menerusi laporan Sinar Harian, Ketua Polis Daerah Kulai, Asisten Komisioner Tan Seng Lee, suspek kini berada di balai berhampiran untuk membantu siasatan dan menjalani pemeriksaan dokumentasi.
"Hasil siasatan mendapati lelaki itu baru sahaja turun dari bas Kuala Lumpur dan memasuki tandas wanita secara tidak disengajakan.
"Lelaki tersebut membawa beg pakaian yang diletakkan di atas kerusi menunggu sebelum memasuki tandas dan ketika kejadian tiada wanita berada di dalam tandas," katanya.

Dibebaskan selepas selesai dokumentasi
Sebelum kejadian tangkapan itu, sebuah video tular memaparkan seorang lelaki yang dipercayai warga Bangladesh ditahan oleh orang awam kerana didakwa memasuki tandas wanita di Terminal Bas Kulai.
Lelaki tersebut kemudiannya diserahkan kepada anggota polis yang berada di terminal.
Beliau menjelaskan bahawa lelaki berusia 35 tahun itu kemudiannya dibebaskan selepas proses dokumentasi dan laporan polis selesai.
Lihat video tular di bawah:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



