[VIDEO] Kereta Myvi Hangus Tinggal Rangka, Wanita Dakwa Akibat Daripada Mercun
Difahamkan, insiden ngeri itu berpunca daripada percikan mercun.
Cover image via @_cake23 (TikTok)Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Gara-gara mercun, sebuah Myvi dilaporkan terbakar sehingga rentung 100% dalam satu insiden pada awal pagi 26 Februari
Menerusi rakaman yang dimuat naik oleh @_cake23 di TikTok, kereta tersebut dilihat rentung sepenuhnya selepas pihak bomba memadamkan kebakaran.
Difahamkan, insiden ngeri itu berpunca daripada percikan mercun.

Jiran kejut keluarga tapi tidak sedar sehingga api marak
Kejadian malang yang menimpa sebuah kereta Myvi milik Sarah bermula dengan kehadiran individu yang bermain bunga api di sekitar rumahnya antara jam 11.40 malam hingga tengah malam.
Tanpa disangka, situasi tersebut berakhir dengan tragedi apabila kenderaan itu terbakar, namun kejadian tersebut hanya disedari oleh keluarganya sekitar jam 5 pagi setelah dikejutkan oleh jiran yang menggegar pintu rumah mereka.
Walaupun jiran-jiran telah berusaha membantu memadamkan api bagi mengelakkan rebakan, pasukan bomba yang tiba pada jam 5.30 pagi mendapati kereta tersebut sudah hangus sepenuhnya.
Sarah turut mendedahkan penemuan sisa kotak serta plastik mercun berhampiran lokasi kejadian sebagai petunjuk awal.
Buat masa ini, dia sedang menanti laporan rasmi daripada pihak polis dan forensik bomba, sambil menaruh harapan pada rakaman CCTV milik jirannya yang dipercayai merakam detik-detik kebakaran tersebut berlaku.


Lihat video di bawah:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



